Home Creator Creation Review
Everyone has to hit the bottom before they climb back up in their lives. - Kang Gary

31 December 2015

Epilog 2015

Heya Assalamualaikum,



Ehh dah epilog 2015 dah? Cepatnya lahaii.. Kenapa rasa macam baru semalam 30 haribulan?!!

Err, kepada blogger-blogger yang tag aku dalam soalan-soalan dan Liebster Award tuh, maaflah sebab aku still hutang pasal benda tu sebab tak jawab lagi. Huhuhuu, ingatkan nak siapkan semua hari Ahad yang baru lepas ni tapi sebab aku demam hampir tiga hari, terpaksa tangguh lagi benda tuh. Maafkan saya.

So nampaknya, hari-hari terakhir 2015 ni meninggalkan sedikit kenangan untuk aku bawa ke 2016. Sedikit kenangan yang menyeksakan. Heh, batuk yang masih tinggal selepas kebahnya sebuah demam.

Lol, setahun aku batuk! Kah!

Dan, banyak juga wishlist aku untuk tahun 2015 ni yang berjaya aku capai. Alhamdulillah for it. Err, tapi ada beberapa yang masih belum capai lagi antaranya nak take a selfie with my Kim Jong Kook! Kah!

Dan kepada anda yang membaca ini, maafkan salah silap saya walaupun anda tidak mengenali saya. Ke dah kenal? Hehehee,

So, azam aku tahun 2016 ni nak sumbat mulut adik aku dengan bola biar dia diam tak banyak cakap!

Ohkay bye~~

P/s : Mama aku tak kasi sambut New Year, gais! So, no mercun depan rumah.

27 December 2015

Tandatangan

Heya assalamualaikum to all muslim and hye to non-muslim.



Tandatangan merupakan 'trade-mark' seseorang. Setiap orang mesti, wajib, mempunyai tandatangan. Dan tandatangan ni tersangatlah penting dalam hidup seseorang manusia. Tak pernah lagi aku jumpa manusia yang tak ada tandatangan melainkan budak kecik.

Dan tandatangan ni merupakan sesuatu 'kepuasan' bagi aku. 'Kepuasan' yang jenis macam mana tu aku sendiri pun tak dapat nak definisikan. Tapi aku selalu rasa puas bila selesai tandatangan dekat memana notice board sekolah! ehh?

Dan tandatangan ni juga, akan jadi bukti yang itu merupakan diri kauorang yang asli selain cap jari.

Tadi, masa tengah siapkan surat yang memerlukan aku menandatangani surat tu tanda pengesahan, adik aku yang banyak cakap tuh tetiba datang duduk sebelah aku dan bersuara,

"Eh, buruknya tandatangan kau!"

Masa tu aku yang tengah tandatangan tuh, terus berhenti dan pandang dia tajam. Serius sentap bila dia cakap tandatangan aku buruk!

Kalau dia cakap tandatangan aku kurang lawa ke, bolehlah aku terima. Ni terus cop yang tandatangan aku buruk.

Buruk weh!

Penat-penat pagi petang siang malam aku memikirkan 'fesyen' mana yang lawa untuk tandatangan aku, boleh dia cop buruk?

Sakitnya tuh di sini, *tunjuk kat dada*

Kau tahu, tandatangan dia lagi buruk!

26 December 2015

Why bebeh?

Heya Assalamualaikum,



Nampak gambar kat atas tuh?

Serius, aku tak tahu macam mana boleh jadi macam ni?

Dan aku tak tahu macam mana nak betulkan benda ni balik.

Anyone wanna help me?

Adeh,

Never Ever Like You, tho



Kau kena ingat satu hal,

Tak semua manusia suka pada kau,

Jangan perasan yang dia pandang kau dia akan suka kau,

Mungkin dia pandang kau sebab dia mengutuk kau,

Mungkin juga dia pandang kau sebab kau terlalu hina pada mata dia.


Kau,

Kena sedar diri

Jangan cepat sangat perasan,

And,

Never ever let people bring you down.

Just, prove that you are strong enough to face the reality,

Prove them wrong

Prove them that you can.


Ingat,

Manusia bertopeng tu ada kat mana-mana.


Lol, aku tak tahu kenapa dengan diri aku semenjak dua menjak ni. Emosi bercelaru betullah. Asyik post entry apa yang otak dan fikiran aku katakan aje. Heh,

25 December 2015

Pelik



Kau pandang dia, kau cop dia pelik.

Kau lihat dia, kau cakap dia pelik.

Kau memerhati dia, kau assume yang dia pelik.


Tapi kau sedar tak, sebenarnya yang pelik tu diri kau?


Kau sibuk memerhati dia,

Kau sibuk cop dia,

dan kau cakap yang dia pelik.

Tapi yang pelik tu sebenarnya kau.


Kau yang pelik tu.

Kau pelik.

Sebab kerja kau hanya memerhati dia,

dan cakap yang dia pelik.


Awak, cermin tu ada kat mana-mana.

Cermin tu ada kat sekeliling kita.

Jadi, jangan biarkan cermin tu berhabuk sendiri tanpa kau gunakannya.


Semua benda yang dicipta, mesti ada fungsinya.

Jadi gunakan.


Dan jangan sesekali assume orang tentang sesuatu

Hanya dengan first impression,

Kenal dia dulu,

Korek kisah dia dulu,

Gali tentangnya,

Baru kau tahu dia siapa.


Ahh! Aku pun pelik macam mana entry ni boleh wujud.

Follow Instagram

Assalamualaikum,



Aku tak berapa suka dengan manusia yang banyak cakap. Serius, sangat tak suka. Nak cakap tu boleh, tapi jangan selalu.

Dan aku rasa macam nak pelempang je dengan manusia yang terlalu banyak bercakap ni. Bingit telinga doh.

Kalau sekali tanya, aku boleh lagi jawab. Cuba kalau dah sekali tu, dia tanya lagi dan lagi dan lagi dan lagi, serius rasa macam nak stapler je mulut manusia tu.

Heh.

Dan nak dijadikan cerita, aku pun ada juga adik yang banyak gila bercakap dan bertanya pada aku. Ada je benda yang dia nak cakap dengan aku atau sesuatu yang dia nak tanya dengan aku.

Kalau soalan yang aku dapat jawab tak apalah juga, ni soalan yang serius tak masuk akal. Geram gila kot.

Malam tadi, masa aku tengah fokus siapkan sesuatu benda, dan tiba-tiba fokus aku terganggu sebab dengar suara dia dok tanya sesuatu kat aku, dan terjadilah perbualan macam ni,

Aku : Kau minat siapa?
Adik : TOP Big Bang.
Aku : Haa, tunggu TOP dah follow kau balik dekat Insta, baru cakap dengan aku. Masa tu, kau nak tanya apa-apa pun, kau tanyalah. Aku sudi jawab.

Dan seriously, perbualan tu terhenti dekat situ. Muka adik aku pun dah kelat semacam je.

Tapi,

Heh, tak berjalan lama pun. Dalam lima minit lepastu, dia kembali kacau aku.

Dan aku mula fedup.

Rasa macam, aku nak sumbat dia masuk perut Mama balik.

Heh,

24 December 2015

Ajar Elok-Elok

Nak ajar orang jangan menjerit seolah kau sempurna segalanya.

Nak ajar orang jangan menengking seolah kau pakar tentangnya.

Nak ajar orang jangan meninggi suara seolah kaulah penguasa tentangnya.

Nak ajar orang biarlah lembut, seolah itu engkau yang tak tahu apa-apa.

Seolah-olah itu manusia yang kau mengajarnya berjalan.

Seolah-olah itu kawan yang kau ajarnya berbudi.

Seolah itu bayi yang warnanya masih berwarna putih.

Miss Oren : So guys, nak ajar orang yang zero pasal sesuatu benda tuh, jangan menengking. Tak elok, tak baik. Elok elok dia hormat kau, terus jatuh tahap sifar hormat dia pada kau.



Sent from Phone.

23 December 2015

Bukan Sombong

Credit given to :-


Bukan sombong, cuma aku memang tak suka senyum.

Being serious is perfectly myself.

I love just the way I am.

Aku takkan boleh jadi orang lain.

Dan,

Orang lain takkan bisa jadi diri aku.

Pemalas atau...?

Heya,



Selalunyakan, kalau Mama ada dekat dapur dan masa tu kalau aku tengah tengok menonton TV ke, atau tengah melayan benda lain ke, mesti aku akan suruh Mama buat air untuk aku.

Tak kisahlah samada masa tu Mama just datang dapur nak masak ke, nak minum air ke, nak tengok makanan yang tinggal ke ataupun nak tengok keadaan dapur ke-sebab Mama tahu anak-anak dia kalau pergi dapur mesti akan bersepah- mesti aku akan suruh.

Mesti punya.

Tak,

Aku bukan pemalas. Serius ni,

Aku just nak bermanja. Huhuhuuu..

Dengan siapa lagi aku nak bermanja kalau bukan dengan Mama sendiri. Heh,

Okay, tu je nak bagitahu. Bye

17 December 2015

13 JAM

Assalamualaikum heya,


Credit given to:-


Semalam, memang hari yang penuh dengan kelam-kabut.

13 Jam. Hanya 13 jam masa yang aku ambil untuk selesaikan semuanya.

Yeah, pasal MARA yang tak pernah selesai.

Penat? Heh, giler tak penat. Macam nak tidur seharian je weh.

Semalam, aku kena pergi KL sebab nak selesaikan MARA. Kena hantar dokumen MARA ke Jabatan Kewangan Kolej aku.

So, dalam masa 13 Jam tuh, aku boleh bertolak dari JB-> KL -> JB.

Huh. Tersangatlah penat.

Naik bas dari Larkin dalam pukul 8.00 am, dan sampai KL pukul 12 tengahari. Lepastu pergi asrama sebab nak ambil dokumen MARA yang aku tertinggalkan, dalam pukul 2 aku sampai kolej dan selesaikan segalanya. Dan, makan apa semua, naik bas pukul 4.30 petang dan sampai JB semula pukul 8.30 malam.

Fuh, penatnya sepenat aku yang menaip 180 km/j. Sangat penat.

Dan,

Aku rasa,

Nak tidur walaupun Mama tak kasi tidur selepas Asar.

Heh.

Rest In Peace, for me gais.

15 December 2015

Sakit Gigi

Sebelum ni aku memang tak pernah sakit gigi langsung. Tak, bukan nak berlagak. Tapi tu lah kenyataan.

Tapi bahagia aku tak kekal lama bila bangun je tidur tadi, tiba-tiba gigi geraham kiri aku sakit.

Heh.

Macam nak meraung.

Rosak segala mood bahagia aku harini.

Just wanna sleep all the time doing nothing.

Sakit ya amat macam tahap nak maki nak mencarut nak bunuh orang je.

Tak apalah. Sakit tu penghapus dosa.

Sis redha. Huhuhuuu



Sent from Samsung Mobile

14 December 2015

Pentaksiran Tingkatan 3 | PT3

Heya assalamualaikum,


Tanggal 14 Disember 2015 | Isnin, bersamaan dengan 2 Rabiulawal 1437 H, merupakan hari yang dinanti-nantikan setiap pelajar tingkatan 3.

Lol, aku tak reti nak berkumadimah. Haih,

Dan adik perempuan aku, antara salah seorang pelajar PT3. Dan, tak semena-mena, dia boleh pulak kejut aku pepagi buta suruh teman dia ambil result PT3.

Nervous lah tu nak ambil sensorang!

Dan aku punya kejam, aku hantar dia sampai depan sekolah je, biar dia masuk ambil result sendiri. Dan aku duduk dalam kereta baca Seramshit. K.

Dan dalam lima belas minit lepastu, result pun dah berada di tangan.

Tengok dari jauh dia senyum sambil jalan bawa segala macam kertas kat tangan pun dah boleh tahu dapat berapa.

Okay, Alhamdulillah, seperti yang dia jangka.

Total,

Dapat 7A 2B 1C..

Lol, tak puas hati gila aku bila Mathematics dia dapat C. Haih, akak kau ni minat Math macam mana kau boleh tak minat ni?

Tampar kang.

So, seperti yang aku janjikan sebelum ni, kalau dia dapat 5A ke atas, aku akan bagi dia a big Kisses.




Dan, terimalah hadiah dari aku.

Bye,

Instinct Seorang Mama

Heya assalamualaikum,




Cerita dia macam ni,


Aku ada adik lelaki berumur sepuluh tahun. Dan mula minggu lepas, masa tengok Piala Malaysia antara Kedah dengan Felda dekat rumah mak cik aku di Kulai, adik aku stay sana. Sebab anak mak cik aku ramai dan ramai sebaya dengan dia. Jadi dia staylah sana.


Plus, kalau duduk rumah pun dengan siapa je dia nak ajak main PSP dia? Dengan aku? Sorry, malas. Dan kalau dia duduk dekat rumah, aku selalu malas nak layan dia sebab dia lah antara adik yang bermulut bising gila. Ada je benda dia nak tanya.


Pernah dia tanya aku, Segi Tiga Bermuda tu macam mana? Siap ajak aku tengok Youtube sekali weh nak tahunya. Heh.


Dan semalam, masa tengok Final Piala Malaysia dekat rumah mak cik aku tu, Mama aku ajak adik aku balik. Sebab dah seminggu dia stay kat sana. Mestilah Mama rindu kan?


Heh, bukan Mama je. Aku pun rindu jugak. Heh. Bangun je tidur, mesti tanya, "Mana Zair, Ma?"


LOL.


Dan dia tak nak balik rumah.


Then tadi siang, dia ikut mak cik aku dengan mak cik-mak cik aku yang lain pergi Pahang sebab ada kenduri kahwin. Famili aku tak pergi sebab my Dad kerja. Sedih.


Tak pe, janji kami bahagia bersama. Cehwah,


Dan tadi, lepas solat Isyak, My Dad cakap dengan Mama, cakap sesuatu seperti,


"Ada berita yang tak best ni,"


Walaupun masa tu aku hanya pasang telinga, tapi hati aku pun dah dupdapdupdap. Muka giler tertanya-tanya weh.


Dan Ayah ceritalah apa yang berlaku sepanjang mereka dalam perjalanan ke Pahang siang tadi.


Katanya Ayah,


Masa Ayah tengah kerja, ada seseorang telefon dia dan beritahu yang adik aku ada dengan dia. Something sound like, "Anak encik nama Uzair Hakimy ke?" ... "Ohh, dia ada dengan saya dekat Petronas ni,"


And on the spot, Ayah aku terus telefon mak cik aku.


"Zair ada dengan hang tak?" Ask My Dad.


"Ada. Nak cakap dengan dia ke?" Then lepastu, ada anak mak cik aku cakap, "Mama, Zair tak ada!"


Dan suasana dalam kereta terus senyap sepi sunyi.


"Ada orang telefon aku ni cakap Zair ada kat Petronas."


Nak diringkaskan cerita, masa tu mereka berhenti kat Petronas Labis. Dan adik aku bagitahu mak cik aku, "Mak Cik, Zair nak pergi tandas sekejap tau."


Lepastu bila semua dah masuk kereta, mak cik aku pun sambunglah perjalanan, sebab dia ingat semua dah masuk. Tapi dia tak sedar yang adik aku tak naik lagi. Dan yang buat pelik dan hairan, kenapa anak-anak mak cik aku yang sebaya, yang selalu main dengan dia, tak bagitahu langsung yang adik aku tak ada.


Terkilan jugaklah tau.


Dan mak cik aku cakap, jarak Petronas dengan tempat yang dia baru perasan adik aku tak ade tu tak adalah jauh sangat. Dan Mak Ngah aku pula beritahu, hampir separuh perjalanan baru sedar yang Zair tak ada. *Heh, tuh pun Ayah aku beritahu*


Dan aku tak tahu nak percaya yang mana, sampailah, bila Mama aku telefon akak yang kat Petronas tu, tujuan nak ucap Terima kasih dan dia beritahu hampir satu jam jugak nak tunggu mak cik ambil Zair.

Heh? Apakah ini?

Dan Mama aku pun bagitahulah, "Patutlah masa tengah solat Asar tadi, tiba-tiba Zair ada dalam solat."


Dan you know, instinct seorang ibu. Mesti dia rasa bebenda macam ni. Dan dia pun pelik. And on the spot, Mama ingat yang Mama nak telefon mak cik, tapi tak jadi. Cuba positifkan diri, jangan fikir sangat.


Sampailah Ayah beritahu berita tu, dan keadaan mula berubah.


Mama giler geram dengan kecuaian mereka. That is why, Mama berkeras giler nak suruh adik aku balik semalam, tapi adik aku berkeras tak nak.


Dan Mama rasa, macam nak ambil adik aku balik rumah sekarang jugak! Tak kisahlah jam pukul berapa sekarang.


Gila, aku pon rasa macam tuh weh.


Mama setiap saat tanya, diaorang dah sampai rumah ke belum? Bila nakk ambil adik aku? Heh,


Dan, Ayah aku pun try to tenangkan Mama. Cakap, esoklah kita ambil.


Tak pe, Ma. Ayah tak nak, anak Mama ni nak. Jom, anak Mama jadi driver ambil adik!


K.


Naluri seorang perempuan, sememangnya betul tau! Jangan memain!


13 December 2015

Sobs Sobs

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh!

Heya gais,

Bermula semalam, malam semalam lah, kecoh satu kolej, universiti dan mana-mana pusat pengajian tinggi pasal MARA - bagi mana-mana institusi pengajian tinggi yang ambil MARA saja ohk?

Dan bermulalah semua orang berebut-rebut nak apply MARA online setelah hampir satu sem eduloan MARA tak buka. Sedih kot,

Dan, setelah selesai aku mengisinya. Dihujung muka surat dan bahagian bawah permohonan tu, tertera ayat berbunyi begini,

..bersama 4 set surat perjanjian.

Aku baru ingat nak hantar by pos laju je sebab memang tak lah kan, aku yang duduk kat Johor ni nak kena pi KL semata-mata nak hantar segala borang tu.

Dan, yang buat aku tetiba rasa geram kat diri sendiri bila,

Baru aku ingat yang segala macam mak nenek borang untuk apply MARA yang awal-awal sem aku dah siapkan tinggal nak hantar je, tertinggal dekat hostel. Fuh! Rasa bengang jangan cakap lah.

Macam nak hentak je diri ni kat dinding biar berkecai.

Dan baru dapat info dari kolej siang tadi, yang segala borang tu kena hantar sebelum atau pada 21 hb Disember ni, which mean lagi seminggu lebih je.

Weh! Huarghhhhh! *tear are flowing*

Jadi nak tak nak, terpaksalah aku kena menapak balik naik KL. Buang duit betullah aku ni.

So moral of the story, kalau ada apa-apa barang penting, pastikan dibawa bersama dan jangan tinggal! Nanti jadi macam aku, haa padanlah muka sendiri.

Sobs sobs,

Mohon simpati kalian,

10 December 2015

I Hate Grammar!

Heya gais,



Entahlah tapikan, aku kan, antara seorang manusia yang tak berminat langsung dengan english. Jadi oleh sebab aku tak suka english, aku campur adukkan or in short, rojakkan bahasa melayu-english. Its a sweet revenge, what. Dah tak suka, kenalah revenge.

Heh.

Sebab aku tak suka english kerana,

I hate Grammar! Benci bila kena pronounce ikut ayat dia, benci segala-galanyalah!

Sampai kadang-kadang aku pakai main hentam je apa yang aku nak cakap. Betul salah lantak lah. Malas nak fikir.

Dan nak dijadikan cerita, tahun lepas, masa form 5, lol, aku asyik cerita zaman sekolah je tau.

Ah lantak!

Masa ada beberapa cikgu praktikal berkhidmat di sekolah aku. Ada empat orang tak silap, tiga perempuan dan seorang lelaki. Dan masa tu pula Minggu Bahasa Inggeris, jadi semuanya kena speaking.

Masa dua daripada cikgu tu handle morning assembly selama seminggu, memang berspeakinglah mereka berdua di pentas. Dan tahu tak, punya aku tak suka english, dalam masa seminggu Minggu Bahasa Inggeris tu berjalan, seminggu tu jugak aku akan datang lewat ke sekolah.

Heh.

Dan masa hari terakhir Minggu Inggeris tu kan, biasalah, aku datang lambat, dan sampai-sampai je, classmate aku hulurkan satu kertas kecil. Tiba-tiba je hulur kat aku yang masih terpinga-pinga. Aku ambil dan belek kertas tu.

Tengok-tengok, ada lirik lagu The Climb. Dan setiap baris lirik tu kena isi tempat kosong. Cikgu tu akan putarkan lagu dan kami pelajar-pelajar sesi pagi ni kena isikan tempat kosong lirik lagu tu.

Dah namanya aku tak suka englishkan, jadi, semuanya berkenaan english aku tak suka, termasuklah lagu. Serius, sampai sekarang, aku memang tak suka lagu english.

Err, tak semua lagulah aku tak suka, One-D aku minat jer. Heh.

Dan tahu tak macam mana sengsaranya aku waktu tu kena isi setiap tempat kosong tu. Dah lah lagu bukan main pantas sebutannya. Aku pula jenis yang tak pernah dengar lagu tu. Manalah aku tahu.

Last-last aku tiru jawapan budak cina kelas sebelah. Heh, terima kasihlah sebab kasi aku meniru.

Okay, tu je nak cerita.

Tapi sekarang, semenjak aku masuk diploma ni, course aku fully in english. Jadi nak tak nak, kenalah aku tunjukkan rasa minat pada english ni. Walaupun betapa disasternya nak memahami setiap grammar tu, aku tetap cekalkan hati. Cehwah!

Hahaa, k bye.

9 December 2015

Takut

Heya Assalamualaikum,




Bulan lepas, masa tengah final exam. Minggu terakhir final exam, course aku antara course yang agak lambat tamat final exam. Dan dalam rumah yang aku duduk tu, ada dua orang je yang ambil course account termasuk aku.

Yang lagi seorang tu, orang Penang. Dan dia ada penyakit, epilepsy. Dan aku pula yang jenis memang tak boleh tengok orang kena penyakit tuh, mesti aku akan menggigil satu badan sebab takut.

Tapi aku tak nak cerita pasal penyakit tu.

Yang aku nak cerita sekarang ni, pasal sesuatu yang berlaku masa kami tinggal berdua sebelum bermulanya cuti semester. Bukan sesuatu lah, tapi rasa yang kitorang rasa. err

Pehal tetiba aku susah nak explain something ni. Heh.

Yeah, hostel. Hostel aku adalah sebuah apartment lima tingkat. Dan dah namanya hostel kan, satu rumah ada sepuluh orang. Tapi kat rumah aku hanya tinggal lapan orang je sekarang.

Then you know, talk about Hostel, mesti terbayang sesuatu seperti...



Dan tak payah ceritalah kejadian yang berlaku sepanjang enam bulan aku di rumah tu. Bunyi kerusi ditarik walaupun tak ada orang kat ruang tamu, dah jadi perkara biasa.

Lima orang ambil course TESL. Seorang ambil course Corporate Comm, dan dua orang ambil Account.

Budak TESL memang selalu habis exam awal, so diaorang pun dengan bangganya boleh balik rumah awal. Dan tinggal tiga orang je kat rumah. Lepastu, budak CC pula yang habis. Then tinggallah course Account.

Dua orang je kat rumah masa tu. Dan dua malam kitaorang tinggal berdua sebab last paper kami jatuh pada hari Isnin sebelum Deepavali esoknya.

Sepanjang dua malam kitaorang bersama, aku akui yang memang aku ada rasa takut. Yeah, manusia mana yang tak ada rasa takut? Tapi rasa takut aku tak adalah sampai rasa nak mandi pun kena berteman. Heh, melampau.

Malam pertama kami tinggal berdua, hari Sabtu tak silap. Aku mempunyai rambut yang panjang. Panjang sampai mana tu, tak perlulah diberitahu. Tapi kalah rambut Cik Ponti aku rasa. Heh.

Selepas solat Isyak malam tu, aku luruskan rambut aku yang kena wudhuk tu. Nak keringkan sebab takut rambut berbau. Malam tu juga, aku pakai baju warna putih dan seluar juga warna putih. Persis Cik Ponti.

Dan aku keluar bilik ke ruang tamu sebab nak makan. Dalam keadaan rambut yang aku luruskan dan tak nampak langsung wajah aku, aku melangkah. Dan masa dah sampai ruang tamu, aku terkejut sebab dengar kawan aku tu menjerit dengan mata terbeliak dia sambil pandang aku.

Lepas dia dah okay, dia cakap dengan aku, "Kalau hang buat macam tu lepas pukul 12, memang aku humban hang dari balkoni."

Okay, aku gelak je lepas dengar.

Then guess what, esok pagi dia demam. Serius demam.

Salah aku ke?

Lepastu malamnya, dia macam dah okay sikit. Dia cakap dengan aku, lepas sama-sama Tonton Anugerah Skrin streaming. Dia bagitahu aku, "Aku buka semua lampu dalam bilik depan tau. Lampu ruang tamu dengan lampu bilik air pun aku buka sekali. Tak nak bergelap."

Aku pun okay je lah. Okay sebab aku tahu dia lagi takut dari aku. Tapi bilik kitaorang kitaorang tutup lampulah nak tidur dan buka lampu bilik air je.

Lepastu esok paginya, lepas sarapan, masa aku nak buang sampah, kan kalau nak keluar rumah kena lalu dua bilik depan. Dan tahu tak, nak buat aku gelak dengan kawan aku tu. Bila dia cakap dia buka lampu bilik, aku mati-mati ingat yang dia hanya buka lampu bilik.

Sekali, dengan kipas syiling dia buka weh.

Serius!

Bebetul penakut kawan aku seorang ni. Haih,

Tapi alhamdulillah lah, tak ada kejadian misteri dan aneh yang berlaku sepanjang kami berdua di rumah tu.

So chill.

Bye.

6 December 2015

Gurau

Assalamualaikum,



well, manusia ni ramai dalam dunia. Dan pelbagai aneka ragam masing-masing. Cara percakapan, gaya perjalanan, lenggok badan, bahasa tubuh dan semestinya cara bergurau juga berlainan.

Ohh, hati manusia juga lain-lain.

Lembut dan kentalnya hati setiap manusia juga berlainan.

Ada yang gangster, muka macam nak cari gaduh, tapi hati selembut tisu senipis kulit bawang.

Dan ada juga yang muka hodoh, buruk dan kurang lawa, tapi hatinya kental.

And some goes with us. Lain manusia, lain akhlaknya.

Sebenarnya aku nak cerita pasal, gurauan seseorang yang buatkan kita terasa.

Mungkin si A hanya bergurau. Niatnya hanya mahu bergurau, tapi tanpa dia sedar, dalam gurauan dia tu, membuatkan si B terasa. Dan bermulalah adegan bermasam muka antara satu sama lain.

Bro, it's about heart. Hati bukannya barang mainan. Hati di mana letaknya seribu satu rasa.

K, aku pun pernah juga terasa dengan seorang hamba Allah ni. Bukan pernah, selalu. Sampai meleleh lah juga air mata aku ni sebab kata-kata manusia tu sangat mencucuk jiwa raga aku.

Yeah, aku boleh terima cara dia bergurau dengan aku. Tapi ayat dia tu. Ayat yang dia tuturkan tanpa dia sedar boleh buatkan segala mak nenek gempa bumi melanda diri aku.

Dan tipulah kalau kamu-kamu-kamu tak pernah rasa apa yang aku rasa ni.

Moral; nak bergurau ada had batasnya. Jaga percakapan. Soal hati, sekali dia sakit terhiris, selamanya tiada maaf.

K.

5 December 2015

Mini Giveaway by Myra & Ina

Hai assalamualaikum, 


klik banner

Syarat Penyertaan

1. Follow blog  Ina.
2. Wajib follow Instagram (jika ada) @flowery.dot
3. Like fanpage 

Senarai Hadiah

Sweatshirt 2x di Flowery.dot


 Shawl Hanis Zalikha 2x

Crispy choco jar 2x

Necklace 2x di flowery.dot
Pemilihan Pemenang

Blog;
Top Refferal & Random

Instagram; 
1. Like paling banyak
2. Tag paling banyak
3. Random

* Jika peserta melebihi 100 orang, hadiah akan ditambah

GIVEAWAY AKHIR TAHUN 2015 SHEILA INSPIRE

Assalamualaikum gais,

*klik banner untuk join.


Tarikh akhir : 29 Dis 2015 jam 11.59 pm

Segmen December Award & School Holiday Contest By Izzat Azhar

Hi Guys! Segmen Monthly Award by Izzat Azhar datang lagi, tapi kali ni ada sedikit kelainan. Apa yang lain? Mari kita check apa yang lain.

Click Gambar untuk Join!!

Segmen December Award ni agak berbeza dengan previous monthly award which is November Award sebabnya, kali ni Segmen ini besertakan dengan Contest dan bila sebut contest mesti ada hadiah kan dan hadiah hadiah yang ditawarkan oleh para para sponsor boleh dikatakan agak lumayan.


Haaa kan. Banyak jugak Hadiah yang ditawarkan kan? So apa lagi. Jom join bantu member sama member. Sambil tu boleh cuba cuba nasib kan. Mana tahu kut kut melekat satu hadiah tu. Untung! So yeah, Goodluck!

4 December 2015

Menang Header daripada Aisyhah Nyais!

Assalamualaikum heya,

*klik banner untuk join.nabe

Sebenarnya aku tak berapa kisah sangat dengan header blog aku. Hahaa, asal ada header walaupun buruk pun dah rasa ohkay.

Tapi aku tetap nak join jugak. Heh,

Dengan penuh keikhlasan, aku tag:-
1) Nazihah @ Jiha     2) Nad     3) Ikslyya

Thanks gais.

Giveaway Bawal Crepe From Muja & Huda

Assalamualaikum heya,




Ohkay, disebabkan aku rasa nak post entri bebanyak bulan ni, jadi aku join je lah memana GA yang aku nak. Heh,

Boleh klik banner di atas untuk join.

Trimas.

Cikgu Tersayang

Assalamualaikum heya,



Aku ada seorang cikgu, Err, macam aku seorang je ada cikgu. Heh!

Okaylah, aku ada seorang cikgu yang garang giler nak mampus. Ayat dia tak pedas, tapi kalau dia nak menyindir, fuh ayat, menusuk kalbu weh. Dan ayat dia tersangatlah bombastik. Dia pernah ajar aku subjek Bahasa Melayu masa tingkatan empat dan lima, pernah ajar aku subjek Kesusasteraan Melayu masa tingkatan lima, dan pernah jadi guru tingkatan kedua aku masa tingkatan empat.

Masa memula dia ajar, memang aku takut gila. Sebab kerja dia nak marah orang je. Datang bulan mungkin, *sedang cuba bersangka baik*. Dan, lama-lama menjadi anak muridnya, aku mula serasi dengan dia. Dan barulah aku rasa senang dan bahagia bila dia ajar.

Itulah orang kata, tak kenal maka tak cinta.

Dan aku pernah di'tegur' classmate aku sebab aku terlalu eksaited kalau cikgu tu masuk. Tambah-tambah masa tingkatan empat, aku jadi Penolong Ketua Tingkatan, dan bila cikgu tu tak masuk kelas walaupun hanya lambat dua minit, aku mesti akan pergi bilik dia panggil dia masuk kelas.

Dan apa yang aku buat tuh, tersangatlah bertentang dengan perangai classmate aku yang lain. Sampai mereka marah aku weh sebab panggil cikgu tu masuk kelas.

Tapi aku peduli apa. Dah aku suka dengan cikgu tu.

Lagi aku bertambah serasi dengan cikgu tu, oh ya, dia cikgu perempuan. Nama diberi, Puan Salimah. Lagi aku bertambah serasi, bila cikgu tu pernah juga mengajar abang aku subjek Kesusasteraan Melayu disekolah yang sama. Dan ohh, umur cikgu tu, kiranya aku dah macam anak dia. Umur dia dah enam puluh lebih.

Aku suka dia sebab, dia selalu berikan kami 'sesuatu' untuk dibuat pedoman di hari muka. Serius. Dia kelakar sebenarnya, dan aku rasa semua classmate aku boleh 'masuk' dengan dia, bermula kitaorang tingkatan lima.

Antara salah satu ayat yang dia pernah kasi pada kitaorang, "Tarik perhatian seseorang dengan sesuatu yang positif!" - Really bear in my mind, this quote.

Dan beberapa hari yang lepas, sekaligus membuatkan aku terpanggil nak buat entri ni adalah, bila buka Whatsapp, okay sebenarnya aku tak tidur lagi masa tu, malam dalam pukul 2.20 am, Puan Salimah hantar di Whatsapp Group, "Maaf zahir batin. Saya di Mekah."

Dan entah kenapa, hanya dengan ayat yang simple tu saja, mampu buatkan aku hampir mengalirkan air mata tetengah pagi buta tu. Aku sendiri pun tak tahu macam mana nak describe apa yang aku rasa waktu tu. Speechless, mungkin.

Aku hanya mampu senyum.

Dan teringat semula momen-momen di mana, awal-awal aku dapat berita yang aku diterima belajar di sebuah kolej di Kuala Lumpur, course yang aku dapat sangat bertentang dengan aliran yang aku belajar masa sekolah. Semestinya, ramai yang mempertikai dan menghalang aku, sebab takut aku tak boleh bawa dengan course tuh.

Bayangkan, dari aliran Kesusasteraan Melayu, melangkah ke aliran Accounting and Finance. Sangat gila.

Masa tu, mood aku memang dah down gila. Sebab tak dapat course yang aku nak, satu hal. Dengan penerimaan kawan dan cikgu-cikgu yang lain yang tak menyokong aku, lagi satu hal.

Tapi Puan Salimah hantar sesuatu pada aku yang buatkan aku, bangkit.


Entahlah, walaupun ayat cikgu tak ada kata-kata jangan berputus asa, bila cikgu sent yang doa restu dari dia sentiasa ada pun dah buat aku rasa, bersyukur.

Dan yeah, aku pernah buat dia kecewa dengan aku. Haih, nak menangis aku waktu tu. Aku buat dia kecewa dengan keputusan SPM aku bagi subjek Bahasa Melayu yang dia ajar. Beberapa bulan sebelum SPM, dia pernah beritahu pada aku, pada satu kelas aku, aku ingat lagi masa tu. Cikgu tepuk bahu aku sambil cakap, "Saya percaya yang   (Nama aku)  akan dapat A+ masa SPM nanti." Bersama senyuman yang menghiasi bibirnya.

Dan masa tu aku takut, sangat takut bila cikgu expect too much pada aku. Takut kalau aku tak boleh bawa harapan cikgu. Dan, that fear kill me. Kill me. Aku hanya mampu dapat B+ untuk Bahasa Melayu.

Sedih. Nak menangis, semua ada. Sebab aku tanpa sedar, yang aku biarkan rasa takut tu menghantui aku. Aku patutnya menjadi leader pada rasa takut tu. Tapi,

Entahlah..

Ohkay, hahaa.. Terlalu panjang aku membebel. It just, sebenarnya, aku dedicated this entry for my beloved teacher, Puan Salimah. If you see and read my entry, this entry, just so you know, I love you so much. From the bottom of my heart. *Smile*

Dan,

Semoga, cikgu mendapat umrah yang mabrur. Amiinn.

3 December 2015

Bowling

Assalamualaikum warahmatullah hiwabarakatuh.

Fuh, kemain panjang salam aku.

Teringat masa mula-mula aku dengan abang aku hasut Ayah main bowling dekat Angsana. Masa tuh, masa hari Kemahkotaan Sultan Johor masa bulan March yang lalu, tak silap aku lah.




Masa tu memang Ayah cuti, lepas jenjalan makan tengahari, aku dengan Abang kemain bagi ayat semanis gula-gula getah kat Ayah sebab nak ajak Ayah main bowling. Dan akhirnya, Ayah setuju.

Jadi kitaorang satu famili pergi Angsana dan bermulalah sesi pertama bowling dengan famili. Yeah, walaupun tak pandai melempar bola bowling tuh lagi. Dan kebanyakkannya akan menjadi makanan longkang.

Tapi peduli apa, asalkan kami bahagia.

Kitaorang main satu game je. Cukuplah tu.

Dan aku pernah cakap dengan Ayah dan dipersetujui abang aku, which is, "Dah main sekali, mesti gian lepas ni."

And guess what, jadi kenyataan sampailah sekarang ni, saat ni, ketika ni dan masa ni.

Lepas saja habis main tuh, adalah dalam dua tiga hari selepasnya, Ayah sent kat Group Whatsapp Family, ajak main bowling. Dan tak sangka, ramai yang nak join sama. Dan lagi aku tak sangka, yang ada dua orang kakak saudara aku dengan husband diaorang memang sangat meminati bowling sejak dulu. Malah, diaorang dah ada bola sendiri dan kasut sendiri.

Amaze giler aku masa tuh.

Dan, sekarang, nak tergelak bila ingat semua. Ternyata, dengan bowling ni menyatukan seluruh kaum kerabat aku. Memasing minat bowling. Pantang ada masa lapang, pantang hujung minggu, mesti bowling saja tempat melepak dan beriadah kitorang.

Okay, yang nak buat aku kagum sebenarnya sekarang, kitaorang siap ada baju untuk bowling sendiri. Serius amaze. Huhuhuu

Thanks kepada bowling sebab mengeratkan silaturahim kami semua. Mana yang sebelum ni bila jumpa asyik tak bertegur, sekarang dah tak dah. Alhamdulillah for it.

Ekhem, so nampak tak dari siapa yang memula mengeratkan silaturahim kami ni? Ehehee,,


Ps: Pehal ayat aku sedikit skema ni?

Alahan

Assalamualaikum gais,

Huhuhuu.. Petang bertemankan sendu mungkin.

Aku antara salah satu manusia yang menggemarkan coffee. Tersangat-sangat-sangatlah suka dengan minuman yang bernama coffee ni. Kalau boleh dalam masa sehari, dua tiga cawan aku minum. Serius weh, tak tipu.



Pesan orang lain yang cakap minum coffee ni tak bagus, aku hiraukan. Peduli apa. Janji aku suka. K.

Teruk.

Dan sekarang, haih. Padanlah dengan diri sendiri. Dapat alahan kesan dari minum minuman bernama coffee.

Alahannya, cepat mengantuk! K. Macam kelakar. Tapi itulah kebenarannya.

Orang minum coffee nak hilangkan mengantuk, boleh stay up malam-malam. Tapi aku, minum coffee, cepat giler rasa mengantuk tuh datang. 

Dan lagi satu, migrain.

Aku tak tahu sejauh mana kesahihan migran ni hidup dalam kepala aku. Sebab, asyik sakit kepala yang berdenyut-denyut je beberapa jam selepas minum. Dan Mama aku cakap, that it. Migrain.

Aku malas nak cek dengan doktor, takut doktor bagi satu ayat yang akan meruntuhkan semangat aku. Ceh!

Huh.

Sedih betul hidup.

2 December 2015

Segmen Tonton Guruku Tersayang

Peace be upon you gais.

http://ucingkadayan.blogspot.com/2015/11/segmen-guruku-tersayang.html

Mari Tonton Video Cover Animasi Guruku Tersayang Khas Buat Guru Anda yang telah Mengajar Anda.Segmen ini Terbuka kepada Semua.Syarat-syaratnya Mudah.

1) Follow Blog Uk,Google +, Blogger Ku dan Facebook Uk.
2) Buat Tajuk Post Segmen Tonton Guruku Tersayang.
3) Copy Semua Coding yang telah disediakan di box dan Paste ke dalam ruangan html dan publish.
4) Tinggalkan Url Post Anda ke Ruangan Komen ini.

Tarikh Tutup Segmen 4-12-2015.Jangan Jadikan Anda Orang yang Ketinggalan Untuk Tidak Menontonnya.

1 December 2015

Harapan

Assalamualaikum gais,



Yeah, baru berkesempatan dapat buka blog sebab kuota Wifi dan P1 dekat rumah dah nazak. Sangat sedih.

Aku pun tak faham senanye kenapa kuota Wifi Umobile dan P1 boleh habis serentak. Mungkin sebab aku terlalu asyik mendownload Running Man agaknya. Mungkinlah, Heh.

Okay, back to story.

Dekat dunia ni kan, termasuk aku, kau dan kita, mesti selalu berharap. Berharap pada yang tak sudi. Cehwah, hahaa..

Yeah, aku pun pernah berharap, berharap semoga result Mathematics masa exam sekolah dulu sekadar lulus. Tapi hampeh, bila dengan bangganya cikgu meletak huruf E besar-besar di muka hadapan kertas peperiksaan aku. Shame~

Dan mungkin juga ada manusia berharap semoga cintanya dibalas, tapi menemui kegagalan.

Dan mungkin juga ada manusia yang berharap semoga cikgu tak datang on that day sebab homework tak siap, dan harapan tinggal harapan. Kan? Jangan menipulah weh. Aku pun selalu macam tuh masa sekolah. Heh.

Dan, mungkin juga harapan nak stay-up sebab study tapi terlajak tidur. Heh. Aku selalu macam tuh. Kah!

Dan, ketahuilah. Allah beri apa yang manusia perlu, bukan apa yang manusia harap dan mahukan. - Imam Ghazali.

The End.

Ps: Harini birthday aku yang ke 18. Akhirnya aku dah 18 gais. Kah! Dan aku berharap kawan-kawan aku akan wish birthday aku, tapi guess what, sampai sekarang, satu orang pun aku tak nampak bayang. SO, ni salah satu harapan terkulai layu, mungkin. Huhuhuu..

So, anyone? Tak nak kasi hadiah pada aku ke? Heh.