Home Creator Creation Review
Everyone has to hit the bottom before they climb back up in their lives. - Kang Gary

31 January 2015

Niqab

Yeahh.. Aku ada seorang adik perempuan yang pakai niqab. Dia pun baru juga lah berjinak-jinak dalam pemakaian niqab ni..



Nak dijadikan cerita, tadi siang masa pergi kenduri kahwin kakak kepada kawan aku, ada seorang mak cik ni tanya pada my mom,

Auntie: Belajar kat tahfiz mana? (sambil tunjuk pada adik aku)
My mom: Eh! Tak belajar tahfiz lah. Sekolah harian biasa aje.

Seriously aku tak faham. Memang masuk tahfiz aje ke yang boleh pakai niqab tu? Orang lain yg mana tak masuk tahfiz tak boleh?

Segmen Bloglist Januari 2015 by CN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Segmen Bloglist Mac-April 2015 by CN


Pencarian bloglist bagi bulan Mac-April 2015 di cekgunorazimah.com bermula pada hari ini, 31 Januari 2015, iaitu tepat jam 12.00 tengah malam sehingga 28 Februari 2015, iaitu tepat jam 11.15 malam. Semua dijemput join.
Syarat-syaratnya :
  • Buat entri bertajuk "Segmen Bloglist Januari 2015 by CN" 
  • Copy coding yang telah disediakan dan paste kan ke dalam ruangan HTML dan Publish entri. 



  • Tinggalkan URL entri anda ke dalam ruangan komen INI.
Seramai 15 orang peserta akan dipilih untuk masuk dalam bloglist CN untuk bulan Mac-April dan kepada yang terpilih nanti diminta agar memasukkan blog CN ke dalam bloglist mereka juga. Keputusan pemenang akan diumumkan pada 1 Mac 2015.
SENARAI PESERTA
Kredit untuk Kak Mialiana
                                                    

30 January 2015

Gigi

Sape tak de gigi?

*Nak ciplak gambar gigi dari Dr. Google tadi, tapi yang keluar semuanya.. pffftttt! Aih. Apa kene mengena ntah gigi dgan benda pfftt tu..*

Dalam keluarga aku, my mom and dad punya gigi semuanya elok-elok belaka.. Memang perfect lha kata ko. Tapi bila masuk gigi abang aku,  gigi aku and gigi dua-dua adik aku, semuanya hancurs.. Hahaa



Ntahlah.. Tak tahulah mana kitorang dapat gigi hancur macam tu.. Aih..  Aku dgan abang aku, masing-masing ada gigi taring dgan gigi double. Tapi paling banyak gigi taring aku lha.. Dah macam siong dah.. hohoo.. Ada yang gigi melekat kat gusi lha..

Adik-adik aku lak, ada yang gigi atas terabur, gigi bawah lawo aje.. And sebalikya.

And kekadang tu ada gak yang buat sesi kutuk mengutuk gigi kitorang.. Tapi okay what.. apa ade hal? Gigi kitorang, kitorang punya sukalah nak hidup macam mana pun.. Yang mane kutuk tu, korang hado gigi terlebih lawo macam kitorang ni? Satu dalam sejuta aje weh kalau jumpa pon.. heh.

Dah lah nak pi kikir   selfie gigi lawo ni.. hahaa.. Sekian ~~

#votd : A Heart Touching Love Story That Would Make You Cry


Sumber video : Pak Ci k Youtube!

Video ni dah lama dah ada dalam simpanan aku.. Just sesaje nak share.. hohoo

28 January 2015

Blogwalking Journey with JJAJJA

*klik banner untuk join.


# Sebab aku di invited, aku join.. Kalau tak di invited, aku tak join kot.. hahaa bagus betul hidup~
# Kali kedua aku join benda macam ni.. Sebelum ni owner dye dah buat html sendiri, senang aku just tempek aje kat entry, tapi kali ni aku yg kena buat sendiri itu yang still terkial-kial nak buat.. maklumlah, baru aje mencelik dalam dunia blog ni.. huhuu


# Syaratnya simple giler.. sekiann~~



23 January 2015

Cinta



"Ada apa dengan cinta?"

Soalan yang selalu berlegar-legar dalam fikiran aku sejak berkurun lama.. hohoo

Aku tak pernah bercinta, dicintai, ataupun mencintai.. Hahaa.. Antara my siblings, aku sorang aje kot yang tak pernah bercinta ni.. hohoo.. Entah kenapa, nak kata tak ada feeling tu, ada.. Tapi I'm just, malas? Hahaa mungkin..

Ntah lah.. Sebab bagi aku kan, bercinta dengan Pencipta, my mom and dad, siblings pon belum tahap infinity lagi nak bercinta dengan insan bergelar lelaki.. aha..

Soalan yang selalu cousin aku tanya:

1) "Bila nak couple?"
2) "Tak bosan eh hidup single ni?"
3) "Kau ni perempuan straight ke tak?"
4) Kau minat kat perempuan eh?"
5) etc..

Hahaa.. lepas aku dengar soalan macam tu, frst thing yang aku buat is,, laughing.. Ya, gelak. Ntah kenapa, tapi aku akan gelak dulu sebelum maki orang yang cakap aku ni, ta pure girl.

Biarlah aku tunggu orang yang tepat, dari membuang masa dengan orang yang salah.. *ayat dari novel mana ntah aku ciplak*


hahaa.. that why aku tak nak bercinta ni.. hohoo


Bye.. Wassalam

19 January 2015

Permohonan UPU sesi 2015/16


yeahhh.. Bila dapat tahu pasal benda ni aku dah rasa, dup dap dup dap aje.. Aih. Permohonan ni baru aje buka tadi jam 12 tengah hari sampai bulan april nanti. Masa panjang lagi.. Selepas dah dapat tahu result SPM nanti pun korang nak isi pun boleh gak boleh permohonan ni..

Ohh ya, kena ada no pin gak okeh.. Dan bila aku ingat no pin yang aku dah beli dengan kawan-kawan haritu, terus menggelabah aku cari kat mana aku simpan nombor pin tu. Haih.. Siap tanya mama lagi kat mana aku simpan.. Apejelah.. Nasib baiklh aku dah scan dulu slip nombor pin tu sebelum aku hilangkan slip tu.. Nasiblah..

[Laman web rasmi permohonan UPU]

Hopelah aku dapat apa yang aku nak through sini.. Huhuu

17 January 2015

Kenangan

Tadi sesaje on facebook.. scroll punya scroll terjumpa gambar lama yang classmate aku post.. Dari gambar berbuka sesama, hari guru, hari sukan, beraya sesama, graduation sesama, sampailah yang last mase perjumpaan terakhir sehari selepas tamat SPM kat rumah cikgu kelas..

Tersenyum jek bibir ni bila tengok semua gambar gambar tu.. Rasa macam cepat gila masa berjalan.. Sampai tak sedar langsung yang umur makin meningkat, dan dah tinggalkan zaman sekolah.. huhuuu

Then baru ingat yang gambar gambar tu semua ada aku simpan dlam phone aku.. Tapi sayang, phone aku rosak and sume gambar tu aku simpan dalam phone bukan dalam memory card. Sadis. Dan dalam sekelip mata aje aku hilang kenangan yg paling berharga tu.. aih.

Aku tak kisah barang aku yg lain hilang, tapi asalkan bukan kenangan.. Ohh myy phone..

Ni tengah meraung sebab kenangan hilang ke phone rosak ni?? Hahaaa

posted from Bloggeroid

16 January 2015

Nasi

Aku pernah tak makan nasi.. It almost four days, aku tak sentuh nasi. Bukan sebab aku tak nak makan tapi entahlah. Aku lagi prefer makan roti, jajan and other berbanding nasi. Air pun jejarang aku telan. Tapi nak cerita yang peritnya tak makan nasi, Allah aje yang tahu. Sakitnye lahai perut ni, memang gegiler. Rasa macam kene gastrik tapi lagi pedih. Hahaa..


So moral of the story, makanlah nasi sebab nasi tu makanan asasi manusia di Malaysia. Sekian~~

14 January 2015

U. L. A. R.

Ular atau nama saintifiknya,, err banyak sangat lha jenis ular dalam dunia ni.. Okeh, habis situ..

Semua orang pernah tengok, dengar, tahu apa tu ular.. Ada banyak jenis-jenis ular dalam dunia.. Ular paling besar, ular paling kecil, ular sederhana, ular gemok, kurus, tinggi, pendek, kontot.. bla.. bla.. bla..

Aku, antara manusia yang takut, fobia, ngeri dengan ular. Ada lha sejarah aku dengan haiwan bernama ular ni sampaikan aku yg pada asalnya tak takut ular terus jadi takut..

Kesian kau ular, dah kena benci dengan aku.. Tu lha, siapa suruh masuk dalam mimpi aku.. Memang aku kick kau teruslah dari list haiwan yang aku suka *padahal aku mmg tak suka haiwan*

Adalah dalam setahun dua ni, kekadang tiga hari berturut-turut, kekadang seminggu dua tiga kali, aku mimpi ular.. Macam-macam jenis ular yang masuk dalam mimpi aku..

Antaranya ; ular yang kulit dye macam-macam jenis warna. Ada warna biru, hitam and hijau dicampur adukkan.. Ada gak aku mimpi ular kat bawah katil aku tengah tidur.. Dan ada gak aku mimpi ular duk belit kat kaki  dengan tangan aku.. Dan macam-macam lagi lha.. Ngeri lak nak cerita.. heh!

Bila cerita kat orang, dorang cakap ada orang nak masuk meminang! Hahaaa.. aku gelak aje lepas dengar.  Adalah juga aku tunggu, dari start aku mimpi pasal haiwan badan licin tu sampailah sekarang, tak ada pun putera raja yang aku idamkan datang meminang!

So,  memang tidaklah apa yang dorang omongkan itu..

Bila tanya mama aku, my mom say, mungkin ada orang nak sihir, pedajal aku.. Mungkin ada orang nak buat tak elok kat aku.. That time, aku dah rasa lain macam bila mama sendiri yang cakap macam tu.. Bila fikir-fikir balik, siapalah yang jahat sangat tu nak pedajal aku? Aku selalu buat baik woo kat hampa semua.. Keji punya olang!

Dan ada gak orang cakap yang, mimpi tu cuma mainan tidur. Dan aku terpanggil untuk percayakan statement tu.. Mimpi tu mainan tidurlah, sebab sampai sekarang, Alhamdulillah Allah masih lindungi aku dari apa yang tak elok..

Sekiann ~~

P/s: Allah itu Maha Adil. Takkan pernah Dia sia-siakan hambaNya..


[Klik sini jikalau korang baik hati.. Thanks]

13 January 2015

Segmen : New Year Blogwalking Januari by Sulyanie Ghazali

*klik banner untuk join.


♥ Tarikh tutup : 31 JANUARI 2015
♥ Tujuan segmen nie untuk memudahkan sul dan peserta-peserta blogwalking dan follow blog-blog peserta yang lain.
♥ Senarai peserta akan diupdate setiap hari.
♥ Rajin-rajin kan diri jenguk + follow blog peserta yee. Dapat tambah follower jugak :)


Syarat dia simple jee. Hope segmen nie dapat sambutan. Jom join ramai-ramai :)



11 January 2015

Novel

'Perempuan dgan novel mmg tak boleh dipisahkan..'

Salah statement tu.. Ada juga apa lelaki dengan novel.. so kene tambah lelaki lha dalam ayat atas tu..

Tahun lepas (2014).. macam lama sangat aje tahun lepas tu.. Tahun lepas, aku salah seorang calon SPM.. Tu tahun lepas lha, tahun ni mmg tak bercalon dah SPM tu,, calon penunggu result SPM lha kot!

Aku, salah seorang yng minat gegiler babeng dgan novel.. Sebut lha novel ape.. Tajuk apa, penulisnya siapa, penerbitnye, tahun terbit, semuanya aku tak tahu kecuali tajuk novel tu! erk? Lupakann..

Kalau aku rajin, dalam mase satu hari aje aku boleh habiskan sebuah novel 400 muka surat depan belakang. Heh! Tu kalau aku rajin lha.. Kalau datang penyakit malas aku, ambil masa tiga hari juga lha nak habiskan. Tapi mmg sllunya aku akan cuba habiskan even novel tu agakk.. Kureng.

Dalam masa seminggu tu, adalah dua novel aku habiskan.. Tapi kebanyakkannya aku pinjam kat libry skolah lha! Nak beli, tak ada sen lha.. hehee

Aku selalu gak bawa novel pi skolah. Sampai kekadang tu, tengah serabut buat kerja Math pun sempat lagi baca novel.. hehee. And, aku lha kot yg jadi punca dak perempuan kelas aku semuanya suka baca novel.. Keyh, tak dinafikan. Memang aku puncanya. And start from that, kitorang sllu tukar-tukar novel..


Okeh, ni baru nak masuk cerita sebenarnya.. hehee.. Disebabkan aku ni minat sesangat dengan novel, dan sllu dahulukan novel dari homework, jadi Mama aku pun jatuhkan printah arahan yang memang aku tak boleh nak langgar langsung! Huh..



My Mom say;
Nak SPM ni, dari awal tahun sampai lepas SPM, jangan baca, pegang, sentuh, jeling langsung novel tu.. Ada faham?!
Nada ayat tu, macam my mom tngah marah aku.. Dah macam hakim dah aku tengok time tu.. Elak pegang penukul aje kan nak jatuhkan hukuman mandatori tu.. aih!

Sampaikan semua lambakkan novel dalam bilik aku, mama aku keluarkan.. Sekali dengan almari aku letak novel tu okeh dia bawa keluar! Geram? Ofcourse lah! Giler tak..

Tapi apa ajelah aku boleh buat kalau adik-beradik aku, ayah aku semua sokong mama? Memang terkontang-kanting lha aku kat situ.. Tapi yang best, mama aku tak ambil telefon aku.. hahaa..

Tapi yang tak bestnya, mama aku tutup WIFI kalau aku ada kat rumah! Nak beli mobile data, giler lha.. Kredit pun sikit nak beli internet mende..

Pastu bila pi sekolah, aku selalu mkan hati sbb kengkawan aku semuanya kelek novel dorang kehulu-kehilir.. Memang rasa macam nak pindah kelas ajelah duduk luar! Aih.

Tapi adalah dalam pertengahan bulan sembilan macam tu.. Aku beli novel online. Tanpa pengetahuan mama aku.. Tapi aku silap, aku ingatkan novel tu sampai rumah masa hari mama dengan ayah tak ada kat rumah.. Sekali, satu hari tu masa balik sekolah tengok-tengok ada novel atas meja.. Memang giler! Baru nak ambil, tapi mama dah capai dulu.. Terus dia cakap;

Mama simpan dulu novel ni.. Lepas SPM mama kasi balik!
Bayangkan macam mana perasaan aku time tu.. Baru ingat nak baca senyap-senyap buat penghilang stress belajar.. tapi.. huh!

Dan keadaan tu berterusan sampailah.. Habis SPM. Tamat aje last paper hari tu, aku terus keluar dgan kawan-kawan aku pi Popular! Hahaa.. Dengan tak tukar baju, keluar sekolah terus cari bas. Memang giler!

Tapi aku tahu, mama buat semua tu untuk aku juga.. Mak mana yang tak sayang anak? Kucing pun sayang anak dia..

8 January 2015

Memories

Semua orang ada memori untuk diingat.. tak kesahlah suka or duka.. tawa or derita.. gembira or sedih.. asalkan memori..

sepanjang 18 tahun *pdahal 17 tahun baru masuk tu bulan lepas!* aku hdup, antra memori yg aku akan ingat till the end of world is, zaman persekolahan.. haha..



kalau diberi pilihan masa bila yg aq nak ulang balik, aku akan pilih masa sekolah.. yepp, sebab bagi aq masa sekolah lha kita boleh buat sesuka hati kita.. hidup biar slumber.. tak peduli ap org nak kata..

Aih.. seriously, zaman prskolahan lha antra zaman yg paling seronok! zman prskolhan takkan sama dgan zaman pekerjaan.. sebab apa?

sebab..

zaman sekolah, kita belajar baru diberi ujian..

Zaman pekerjaan, kita diberi ujian baru kita belajar..

Am I right, bebehh? hahaa..

Dua malam lepas tak silap aq, mase dok berWhatsapp dgan grup Sastra *alkisah, aq budak sastra*, dalam grup tu ada sorang cikgu.. cikgu yg ajar kitorang sastra.. dorang dok berpot pet pot pet pasal 'kenangan'..

masa tu lha nak ingat, nak flashback, nak merindu ap yang dah jadi sepanjang setahun dia ajar kitorang subjek tunggal dalam sekolah.. *sebab kat sekolah aku, hanya satu kelas aje yg ada subjek Kesusasteraan Melayu ni*..

Antaranya..

  • kenangan mase kena ramai-ramai duduk kat atas lantai.. sebab tak siapkan kerja sekolah!
  • mase kena marah sebab kelas bising!
  • kena marah sebab ramai-ramai tak datang klas tambahan!
  • Letak kertas kecik yang bergam gajah, pastu letak kat lantai pntu masuk kelas, then buat-buat tak tahu bila ad classmate lain yg stoking dye terpijak benda tu!
  • kena perli sebab pergi kantin dulu baru masuk kelas!
  • kepala semua tunduk sebab tak nak cipta sajak kat depan kelas!
  • Kena duduk kat koridor kelas sebab tak siap kerja jugak! *malu sebab junior tengok satu hal!*
  • and banyakkkk lagii..

Itu tak masuk lagi yg ramai-ramai bawa phone dalam kelas.. pastu berselfie kat blakang kelas masa Math!

Hahaa.. ada banyak lagi yg aku dengan classmate aku buat.. tapi, kalau senaraikan dalam kertas kajang depan belakang lima m/s pun belum sudah kot.. hohoo..

Ohh, rindunya sekolah.. Tpi hidup, kena maju ke depann.. Sekian~~


7 January 2015

Pengenalan yang singkat..

..tapi bermakna.. *sambung tajuk tu.. hehee

semua orang pernh jumpa and kenal dgan org.. eh! ha betullah tu.. bukan jumpa org je, haiwan, hantu, jembalang, etc..

tapi, pengenalan tu depends pada masa! Ya, masa.. ada yang kita jumpa org tu untuk jangka masa yg lama, dan ada juga untuk jangka masa yang, sekejap!

Nak dijadikan cerita.. hari tu, dalam 2 minggu lepas, mase aq ade Ujian Komputer.. ya, aq ambil lesen kereta ni pun seorang diri.. just bawa badan dengan, phone? hahaa.. benda penting tu.. ta bawa IC pun tak ape, asalkan aq bawa phone! hehee

Mase Ujian Komputer tu, aq berkenalan dgan seorang perempuan.. ya! tak pernah lagi kot aq berkenalan dgan lelaki selain classmate aq kat sekolah..hahaa..

nama dye, Anis! Nama panjang, dye ad bagi tau tapi aq ingat Anis aje.. stay kat Bukit Kempas, Jb.. kitorang kenal dalam masa dua jam setengah jek.. tapi kitorang berbual, macam dah kenal dari sebelum sperm jumpa ovum lgi.. heh!

banyak yg kitorang bual.. na dijadikan cerita, kitorang mmg sesama minat, novel! semua pasal novel kitorang bualkan.. terus tak ingat dah ujian yg nak diduduki mase tu.. punya semangat kenal orang..

tapi Alhamdulillah, kitorang lulus ujian tu..even markah kitorang tak sama.. tapi tetap bersyukur.. and, lepas dua jam tu.. dia minta diri, and tinggallah aq sendirian.. hmm..

P/s: kekadang kan, org yang kita kenal dlm mase yg singkat tu lah yg akan jadi kawan baik kita nanti..

6 January 2015

Cap Jari

Cap jari.. 

Semua orang yang bergelar manusia ada cap jari.. sejak azali.. sejak lahir lagi.. semua orangg ada.. dan betapa hebatnya kuasa Allah S.W.T, setiap manusia mesti berbeza cap jari dia.. takkan ada satu orang pun yang sama cap jari dye.. subhanallah..

okey, tapi aku ta nak cerita pasal benda tu.. ap yg aq nak cerita sekarang ni, pasal cap jari aq..


kenapa? sebab..

sekarang ni aq tengah dalam mood nak ambil lesen kereta.. and setiap kali ada kelas (KPP) mesti sebelum and selepas KPP tu kena scan dulu cap jari.. hari tu, mase KPP 01, masuk kelas tu aq scan cap jari,  okeh jek.. bila na balik tu, entah ta tahu pasai pa, cap jari aq ta boleh na scan.. dari kaunter sebelah, ke kaunter sebelah.. dari ibu jari kanan ke ibu jari kiri.. but still tak boleh gakk.. entah akak tu guna apa entah, aq ta scan lagi dye terus cakap, dah!

aq ta scan lagi kot!

then, ujian komputer.. before ambil test tu, kena scan lagi, and same.. still ta boleh.. sampaikan akak yg jaga Rilek.com tu siap call lagi pusat memandu aq tanya kenapa.. entah dorang bual ape.. then akak tu terus cakap dah and aq boleh ambil test..

persoalannya sekarang.. kenapa dengan cap jari aq? asal tak boleh scan?

hah! mase aq na buat kad bank dulu pun still same gak.. orang lain buat sekejap je da bereh,, yang aq, siap que panjang lagi orang belakang,, still tak siap-siap lagi..

Aq ni keturunan hantu ke haper tak de cap jari? Aih..

5 January 2015

Screeshot New Year Resolution

Antara 2015 resolution yang buat aq gelak..


sumber : My Facebook

4 January 2015

Break The Ice

Hello Assalamualaikum.. Haii.. ermm, na tulis apa ni eh? Hahaa.. baru frst entry dah blank dah.. hahaa

okeh, lemme intro myself.. nama aku err,, ahaa.. just need to know me as, miss oren.. i'm sweet eighteen.. stay in malaysia.. anak kedua dari empat siblings.. not good enough in english and always my grammar mesti broken! hahaa..


berdarah melayu dengan pattani.. and ofc i'm a girl! still single. *heh, perlukah mention benda tu? hohoo..


seorang yg simple.. tapi agak cerewet.. tak suka haiwan.. haiwan yg paling aq benci, is ular! Ya, snake.. sebab aku geli.. ohh lagi satu haiwan yg aq taksuka, kucing. Sebab aq ta suka haiwan berbulu..


aq ni jenis yg pendiam bila aq ta kenal seseorang.. tapi gegiler bila dah kenal.. and, kepoh juga bila dah kenal. hehee.. *kata kawan aq ahh..


apa lagi? ohh ya,, blog ni aq buat sebab aq tak tahu nak luahkan ap yg aku rasa, my daily life story pada sesape.. dan, wujudlah blog yang buruk gedabakkk ni.. huihuii..


and last but not least,, happy new year.. alahh,, baru bape hari aje kot masuk tahun baru..