Home Creator Creation Review
Everyone has to hit the bottom before they climb back up in their lives. - Kang Gary

17 February 2015

Pengalaman Ambil Lesen Kereta

Assalamualaikum..




Bila search kat Mr. Google, ramai juga yang buat pengalaman sendiri masa ambil lesen memandu.. Jadi, aku pun nak buat jugalah pengalaman pasal ni.. *mood menyibuk* hahaha..

Aku punya birthday hujung tahun, jadi nak kena tunggu hujung tahunlah baru boleh apply lesen.. Lepas hari jadi aku tahun lepas, abang dengan mama aku pergi satu JB ni sebab nak cari pusat memandu.. Ada tiga tempat dia orang pergi, tapi satu tempat aje yang terpilih.. cewahh.. hahaa.. serius, masa mula-mula nak apply pusat memandu, macam-macam masalah.. Macam, belum takdir aku lagi nak belajar memandu.. Tapi atlast, alhamdulillah. Dapat juga. Tak jauh dan tak juga dekat dengan rumah..

Bermulalah pada 22/12, aku start KPP 01.. Alah, yang kena kursus 6 jam setengah tu.. Gerak jam lapan, habis 4.30 pm.. Mase aku apply memandu ni, memang aku sorang aje. Ada juga ajak kawan, tapi dia orang banyak yang cakap nak kerja dulu.. Kumpul duit sendiri baru apply belajar memandu.. Dan dia orang cakap juga, aku untung sebab semua perbelanjaan parent yang support.

Dan oh ya, memang teramat bosan ya kursus tu.. Macam nak tidur aje.. Mentang mentang time tu hujan. Aih.

Habis aje kursus 6 jam tu, aku terus booking Test Computer. Empat hari lepas kursus, aku test komputer. Sebab aku memang nak habiskan cepat memandu ni.. Senang nak gerak pi mana-mana tanpa bantuan Pak Cik Bas dan Teksi. hehehe..

Dan alhamdulillah, aku lulus! Yehaaa... Markah aku, 48/50. Aku memang fed-up gila dengan Sistem Kejara. Banyak sangat nak kena hafal. Dah lah aku ni jenis yang tak suka menghafal. Aih, itu yang salah dua benda kat situ.. Tapi apa-apa pun, aku dah lulus apa.. Buat apa nak kenang lagi.. hahaha

Dan dapat Lesen L.. Terus booking kelas belajar iaitu, KPP 02 & 03.. Memandu di litar dan jalan raya.. Sekarang guna sistem baru. Pasal enjin, bonet, pintu, road tax dan semuanya berkaitan kereta tu kena ambil tahu. Kalau tak, kamu akan gagal!

15 jam setengah aku belajar KPP 02 & 03.. Aku dapat cikgu lelaki.. And sampai sekarang aku still tak tahu apa nama dia.. kah! Entahlah, sebab aku tak suka tahu nama orang! Dan hari terakhir aku belajar, aku memang belajar kat jalan raya bebetul.. Tak semua orang dapat macam aku.. *tiba-tiba nakk rasa perasan sendiri.. hehehe*

Mana orang JB mesti tahu Highway Pasir Gudang kat mana, Taman Sutera dengan Taman Perling.. Aku punya pusat memandu di Sutera. Dan bayangkanlah, di hari terakhir aku belajar memandu selama tiga jam setengah, aku kena bawa ke Highway Pasir Gudang sebab kereta yang aku belajar tu, gas dia dah nak habis. Bayangkanlah macam mana dengan lori banyak.. Kereta, bas, motor keliling.. Gerun jugalah aku masa tu. Tapi bila ada cikgu kat sebelah, bolehlah hilang gerun sikit.. hehee.

Dah siap semua, booking QTI pula.. Hari yang sama aku last belajar, petang tu aku terus ambil QTI.. Bila ingat pasal QTI yang buat aku bengang ni.. Aih, pasal cikgu QTI tulah, first time aku kena marah semenjak kali pertama aku menapak kat pusat memandu tu.. Aih, menyentan giler! Dia marah aku sebab aku tak bagi dia lesen L aku.. Nak bagi macam mana, lesen L pun aku tak pegang..

Then, aku tanya dia bebaik kot nak ambil kat mana lesen L aku.. Dia punya jawab, perghh.. Macam aku ni musuh nombor satu dia aje kan.. Dia boleh dengan meninggikan suaranya cakap, suruh aku cari sendiri! Apakyer ahh.. Kalau cakap bebaik tak apalah lagi.. Ini cakap, macam nak tengking aku.. Terkecil terus hati aku. Nak menangis rasa. Suruh aku cari kot.. Kat mana? Tandas? Last-last aku pergi main kaunter tanya pasal lesen L dan nasib baik akak tu baik tolong carikan. Terima kasih kak!

Dan sekarang baru aku tahu, yang selama ni, masa memandu aku Lesen L tak ada dengan aku langsung.. Sampai kat highway Kempas aku bawa, lesen aku tak ada! Memang gila.. Kena tahan polis, bikin naya aje kan..

Tapi thanks jugalah kat cikgu QTI tu.. Sebab dia dah sedarkan aku, yang lain kali kalau nak memandu, pastikan lesen bersama.. Aih.

Dah tu, booking pula untuk test JPJ.. Aku dapat, seminggu selepasnya.. Which mean, semalam!

Semalam, aku memang tak boleh nak tidur. Punya takut nak test.. Pastu sampai pusat memandu dalam pukul lapan.  Lepastu dia susun ikut nombor. Nasib baik aku punya, sesi pertama.. Dah tu, dia suruh test bahagian 1, which mean, kena periksa enjin, bonet dengan keseluruhan kereta.. Sebelum nak buat tu, aku dah hafal dah setiap benda yang ada dalam enjin kereta.. Tapi bila sampai turn aku, aku punya gabra.. Haih, apa yang aq baca semua melayang.. Pakai main hentam aje aku cakap..

Dan oh ya, satu hari tu aku punya takut nak test, sampai sarapan pun aku mkan satu sudu aje.. Then bila dah nervous macam ni, mulalah aku sakit perut bagai.. Menggigil badan ni pun satu hal..

Dan bila nama aku kena panggil nak test kat trek, aku cool down jap walaupun dalam hati dah rasa takut balik.. Ingat balik pesan mama, suruh selawat bebanyak.. Dan, yes! Trek aku lulus.. Bukit yang aku takut pun, aku lulus.

Then kena duduk balik sebelum JPJ panggil nak test kat jalan raya pula.. Dapat pula JPJ nye lelaki, lagilah aku gabra.. haha.. Dan macam tak percaya, aku lulus! Yeahh, walaupun aku kena sekali amaran mandatori.. Tak bagi signal bila nak belok.. Ha, kan dah kena.. Sebab aku mmg malas giler nak bagi signal bila nak belok.. Aiyaa

Dan yeahh, macam aku cakap tadi.. Aku lulus! Dah boleh bawa kereta.. Dah boleh jenjalan cari suami.. Eh? Gatai! hahakks..

P/s : Mungkin penykit gabra aku ni akan datang balik bila nak ambil result SPM lagi dua minggu dari sekkarang.. Aih.


Boleh baca entri ini untuk sambungan.

6 February 2015

GIVEAWAY BIRTHDAY WE ALLS

*klik banner untuk join.


# Disebabkan aku bosan, aku join.. aih.. Tak bosan, aku tak join. eh? hahaa
# Don't worry, semua dapat hadiah. Tak terkecuali..
# Berlangsung dari 1 OKTOBER 2014 sampai 30 SEPTEMBER 2015.. muehee


# Tarikh lahir aku, 01-December- tahun lembu.. hehee



4 February 2015

Jantina Laptop

Assalamualaikum!

Aha, aku baru tahu yang laptop pun ada jantina.. Macam lawak pun hado, tapi..

Aku tahu pasal benda ni dari Blog Cik Tom .. thanks..

Tapi it depends lha pada korang nak percaya atau pun tak.. Huhuu

Bila dah jumpa entry pasal jantina laptop ni, aku pun try lha step yang macam kat bawah ni.. Jom usyar weh,,

1. Buka notepad dan copy patse ayat kat bawah ni dalam notepad tu:
CreateObject("SAPI.SpVoice").Speak"I love YOU"
 2. Lepastu tekan “save“. Ubah “save as type” kepada “All Files” (Suka hati hangpa lah nak simpan kat mana, tapi aku lebih prefer korang savekan di dekstop, sebab senang nak buka nanti). Save as file name = " love u.vbs
3. Tutup notepad lepas dah habis save. Cari file tadi tu dan akan dengar suara “i love u“.
4. Cuba dengar btul2 suara "I Love U” tu….suara kacak ke lembut? Dengar bebetul tau! Kalau dengar lelaki maknanya laptop korang tu jantan dan begitu le sebaliknya….
So, lepas siap semua step atas ni tadi .. jantina laptop aku adalah  perempuan.. Uhuk! Tak sangka boleh perempuan pulak..
Sorry cik laptop sayang.. I ingatkan you lelaki, itu yang selalu I kasar-kasar dengan you.. Sorry again eh, yangg.. I selalu type ur keyboard kuat-kuat sampai huruf K you tercabut.. Sorry sorry.. Adeh!

2 February 2015

Senyum

Assalamualaikum!

Orang yang kenal  aku mesti selalu tegur aku pasal satu benda pada diri aku.. Antaranya :-

"Kau ni, cubalah senyum sikit.  Muka serious memanjang."

Aha.. Ntahlah. Orang kata, orang katalah bukan aku.. Orang kata yang aku ni memang susah sangat nak senyum. Muka asyik serius aje. Pokok pangkal ranting daunnya, memang susah nak nampak aku senyum. Sampai pernah orang cakap yang aku ni sombong! Apajelah..

Macam mana aku nak senyum? Bila aku senyum, orang tak balas. Dah kurus hati aku. Bila aku tak senyum pula orang cakap aku sombong. Haih.

Akhir kata.. Biar orang yang senyum dulu kat kita, jangan kita yang senyum kat orang. Motif? Nanti orang yang tengok kita senyum tu boleh terfall in love pula dgan senyuman kita ni ha.. Ahaks!

P/s: Senyum tak yah cakap pape..

1 February 2015

Segmen Bloglist February by Ombak Bergigi

*klik banner untuk join.


# Yeayy, aku meriahkan segmen ni.. err?
# Malas nak cakap type bebanyak.. hehee


# Sekiann wassalam ~~