Home Owner Gais Karya RulesReview
"Keep smile even your heart bleeding." - Saidina Ali.

30 April 2015

April Giveaway by Amirah

*klik banner untuk join.

# sesi mencari tuah sendiri. Eh?

# Join jom..

Giveaway Jom Santai Aje Bulan April 2015



# Ohh, baru ku perasan last day dye hari ni.. haih..

# kalau nak join boleh klik banner atas tu..

# Sekian wassalam.

First GiveAway By SiPanjangKata

Klik Sini Untuk Join


# Join jom.. hehee

28 April 2015

Car Overheats

Tadi dalam pukul 3.30 petang macam tu, (details aku bagi) aku hantar adik aku pergi sekolah, tetiba datang mood rajin nak jadi kakak mithali, wekk! hahaa

Sampai aje kat sekolah, aku dah rasa lain macam. Then aku tanya, lebih kepada diri sendirilah sebab adik aku tu baru umur sepuluh tahun. Lagipun kalau aku tanya, macamlah dia nak jawab. Elak kena humban aje ikut tingkap!

"Kenapa air-cond panas ni?" Something like thatlah, ayat aku.

Then, bila tengok meter temperature kereta, hah kau! Sekali dye tunjuk macam ni,


Credit

Aku pun dah gabra. Tak tahu nak buat apa. Experience pertama berdepan dgan situasi macam ni. Haih. Panik tok sah habaqlah.

Tapi aku cool down jap, relaks. Aku tutup radio, tutup air-cond, buka tingkap. Aku sambung drive. Tapi bile tengok meter dah naik betul-betul sampai atas, aku buat tindakan drastik berhentikan kereta dgan cara mengejut kat simpang masuk rumah siapa entah. Aku tutup enjin. Adalah dalam dua tiga minit macam tu. Dgan panasnya mentari, aku dah berpeluh.

Sekali bila toleh kanan, ada masjid. And dalam masjid tu, bebetul depan mata aku, nampak van jenazah. Gila bapak. Aku terus start enjin kereta gerak. Serius aku langsung tak perasan ada van jenazah kat situ. heh, buat takut aje.

Pastu naik highway, (sebab rumah aku memang kena lalu highway.. jarak rumah dengan sekolah pun agak jauh), nampak lagi meter tu naik sampai bebetul 'H', aku TERPAKSA berhenti lagi kat tepi jalan. Bagi double signal, mati enjin.

Time tu ingat nak telefon Mama, tapi bila check yang aku tak bawa telefon dan baru ingat yang telefon aku cas kat rumah, aku dah rasa nak menjerit. Gila! Keadaan macam nilah boleh tak bawa phone. heh!

Pastu dgan lafaz bismillah, aku start enjin and gerak lagi. Jarak rumah still jauh lagi masa ni. And sekali lagi bila nampak meter naik 'H', sekali lagi juga aku berhenti kereta kat tepi jalan. Tapi kalini aku berhenti kat depan deretan kedai-kedai. Kat situ aku nampak public phone. Dah nampak tu serius aku rasa macam nak melompat. Dah boleh telefon Mama, suruh Mama datang tempat aku.

Dengan senyuman yang menghiasi bibir yang pasti membuatkan bangla-bangla 1 Malaysia tersenyum, haih, hiperbola tu.. Aku pun gerak ke public phone berkenaan dengan berbekalkan 50 sen ditangan.

Dan.. Aku rasa macam nak pitam, bukan rasa nak pitam aje, rasa nak maki hamun pun ada juga kat tetengah orang yang tak berapa nak ramai tu.. Rasa nak gila aku kat situ bila tengok public phone tu rosak! *Ketap gigi

Dan sekarang baru ku tahu akibat vandalisme pada manusia sekeliling. Rasa nak hempuk, nak ketuk, nak baling dengan selipar, semuanyalah.. Haish!

And dengan malasnya, aku balik ke kereta. Start enjin, terus aku press minyak balik rumah. Fuh! Nasib baik kereta tak jadi macam ni,


Credit

Kalau jadi, aku tak tahulah nak buat macam mana. Sampai rumah, mati enjin terus jerit Mama! Mama! *macam budak kecil nak susu.. Haih.

Then malamnya, which means, tadi, habis kena tarbiah dengan My Dad, Abang dan Mama sebab tak check dulu air dalam radiator dulu bila nak guna kereta.

Dan ayat balas aku simple aje, "Sebelum ni Yong guna okay aje." Sambil pandang syiling. *Kata panggilan aku kat rumah is Yong.

So moral of story, check dulu air dan segala macam jenis benda alah dalam enjin kereta sebelum guna. Bukan enjin saja, setiap fizikal luar dan dalam kereta.

Terima kasih.

Segmen Blogwalking + Hadiah Bertuah

*klik banner untuk join.


#setelah sekian lama tak join segmen, harini aku join.
#macam biasa, mesti sebab bosan tu yang aku join.. hehee
#nak join jugak? Klik banner bebeh..

#Sekian, Assalamualaikum~~

26 April 2015

Kecewa



Kecewa?


Hahahahahahaahahahaaaa... Banyak kali. And I'm okay with that. Even dalam hati, sedih nangis meraung melalak and banyak lagi.


Hanya orang yang alaminya saja yang boleh rasa macam mana kecewa itu. Bagi yang hati tisu macam aku, maunya menangis satu jam sampai tertidur. Heh!


Dan lepas tu akan buat benda yang sama walaupun kekecewaan itu bertandang lagi.


Huh.


P/s : Jangan menyerah. Manis itu akan datang kemudiannya, Keep smile dear.

25 April 2015

Pernah rasa tak?



Pernah tak sekali tu kau rasa kau terlalu addicted sangat dengan someone or something (your dream, maybe), and kau tak nak lepaskan benda tu dari genggaman kau?


Even kau tahu yg someone or something tu takkan pernah dan tak akan mungkin jadi milik kau.


Kau quite jealousy bila orang lain dapat someone or something tu while kau tak dapat.


Mesti pernah rasa kan?


dan perasaan tu sangat sakit, bukan?

17 April 2015

Tangan Berpeluh

Aku salah seorang yg ada masalah tangan berpeluh ni. Sejak dari aku kecil comel-comel lagi. haih. Bukan aje berpeluh kat tapak tangan, tapak kaki pun sekali. Dan aku tak tahu apa sebab yang menjadi punca permasalahan ini berlaku. Pergh ayat.. hahaa


Hasil carian imej untuk tangan berpeluh

Tak seronoknya tangan berpeluh ni, bila nak shake hand dengan orang.. Takut orang rasa geli or rimas or tak suka bila setiap kali aku shake hand dengan dia. Sampai kekadang aku rasa macam nak pakai sarung tangan aje bila nak touch dengan orang.


Tetiba teringat dekat cerita Frozen!

Aku pula jenis yang suka pakai kasut yang bertutup. Then bila waktu panas-panas tu, sure kaki aku akan berpeluh. Rasa menyampah gila bapak. Sampai aku terpaksa drive tanpa guna kasut. Terpaksa okeh!


Yang seronoknya pula, bila tangan or kaki aku berpeluh, and at the same time, aku masa tu tengah nervous terlampau. Mesti peluh tu akan bertukar jadi peluh dingin. Memang masa tu ajelah aku nak rasa macam mana sejuknya tangan aku.


Ada orang cakap, kalau ada penyakit or masalah macam ni, ada kaitan dengan jantung. Orang katalah, tapi tak tahulah betul ataupun tidak.


Tapi bagi aku, aku bersyukur ada penyakit macam ni, sebab tak semua orang ada penyakit tangan and kaki berpeluh ni. Unik bukan?


Sekian~

Form 6?

Hai.. Lama tak on, tak on sebab lupa password.. bhahaa.. itulah sape suruh logout? heh!

Semalam tak silap aku, aku dapat satu info pasal Tingkatan 6.. Katenya, dah boleh check either kau dapat masuk ataupun tidak. My Mama pun suruh try check.. When I said, aku tak apply,  jawapan Mama aku buatkan aku tergamam lima saat.

"Tak payah apply lah. Dye automatik dapat."

Aku pun, eh? Macam mana Mama aku boleh tahu, sdangkan aku sendiri pun tak tahu menahu. Haih.

Dan bile check, aku dapat.. hehee
ada sesiapa kenal aku ke?



Tapi, entah kenapa aku rasa macam tak bersemangat nak masuk form 6. Sebab memang dari aku zaman hingus meleleh lagi, aku dah cakap kat diri aku, no form 6 for me! Ntahlah, maybe sebab aku tengah tunggu result upu nanti.

In fact, aku dah malas nak sarung uniform sekolah lagi. And dah malas nak turun rehat lambat lagi. And, tak nak dah kena denda duduk kat koridor luar kelas sebab tak siap homework! bhahaa

Semakan ke form 6 boleh check sini ..

Ada juga aku dapat tawaran ke Kolej Islam apekebenda entah, untuk kmasukan bulan Julai nanti, tapi aku tolak! And aku langsung tak kasitahu Mama. Entahlah, tak tahu kenapa, aku macam 'tak ada jiwa' nak masuk situ. heh.

Apa-apa pun, tengoklah nanti macam mana.


P/s : Aku dengar, fasa pertama untuk panggilan temuduga ke ipta dah keluar. Betul ke?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...