Home Creator Creation Review
Everyone has to hit the bottom before they climb back up in their lives. - Kang Gary

29 June 2015

1st Segment by Black Queen

Assalamualaikum hai,

Jadi, segmen ni mengenai:-


describe tentang diri korang dalam satu perkataan, dan huraikan sekreatif mungkin, pendek2 pon takpe :)

Okay, ada banyak sebenarnya, tapi aku suka nak cakap yang aku ni seorang yang hati-tisu

Err, satu perkataan kan tu? Hahaa

Ya, hati lembut. Aku tak boleh tengok situasi atau keadaan yang sangat menyentuh jiwa. Rasa nak meleleh je air mata ni. Sampaikan, cerita hindustan yang orang lain anggap tak sedih pun, kalau dah hero ngan heroinnya keluar ayaq mata, memang menangis juga aku sorok-sorok! Hehee

Ohkay, tu aje.

Daaa~~

Homesick

Assalamualaikum haii,,



Selama ni duk tengok aje orang update kat media sosial pasal Homesick, tanpa aku tahu makna sebenar home-sick ni.

Itulah orang cakap, dah kena batang hidung sendiri baru tahu macam mana rasanya kan?

Ya, dan sekarang, aku dah tahu macam mana rasa homesick ni. Huhuu, wanna cry every second. Serius!

Sebab inilah kali pertama aku berjauhan dengan famili. Bila dah homesick, menangis sembunyi-sembunyi dari housemate, dan nak hilangkan rasa tu memang tersangat susah. Aku pula jenis anak yang memang tak boleh hidup sehari kalau tak pandang muka Mama-Ayah.

Tapi bila dah hilang homesick tu, jangan tanya kenapalah kalau Mama atau Ayah telefon tapi aku tak jawab. Bukan apa, takut aku menangis lagi aje karang lepas dengar suara merdu mereka. Huarghhhh!

Tapi, aku jauh dari famili sebab nak menuntut ilmu. And, I'll got the best reward, Insya-Allah.

Okeh, tu aje nak cerita~

25 June 2015

Jerawat

Assalamualaikum,

Tadi masa tengah bosan, aku duk lah pegang dahi. Saje nak tengok dahi licin atau tak, tapi lepas pemerhatian aku tadi, hmmm.. macam nak menangis weh.



Entah macam mana tetiba dahi aku yang licin ni boleh tumbuh jerawat. Kalau sejibik  sebijik tak apalah juga, ni hah kau. Sampai tak terhitung aku. Haih.

Aku rasa jerawat aku tumbuh mesti sebab berpanasan masa dekat Pahang awal bulan ni. Gila panas weh kat sana. Mungkin sebab itulah kot yang tumbuh jerawat. Ingat lagi masa tu, aku punya teriak sebab jerawat tetiba muncul. Rasa macam hidup aku dah musnah aje weh masa tu. Hahakkk.. Tapi lepas kena hempuk dengan Mama, aku terus rasa, ha iyalah. Nak tak nak aje aku teruskan hidup.

Dalam dunia ni, bermacam-macam jenis jerawat yang ada. Jerawat batu, komedo, jerawat juvenil, jerawat vulgaris, jerawat rosacea, jerawat nitrosica, jerawat biasa and etc.

Tapi kalini aku tak nak cerita pasai jerawat tu semua, aku nak cerita pasal macam mana cara mengatasi jerawat ataupun cara menghilangkan jerawat. Bebenda ni semua, aku ambil dari mak kawan aku. Huihuii,,

1) Sapukan tempat jerawat ataupun semua bahagian muka dengan asam jawa. Biar setengah jam dan basuh muka sehingga berkilat.

2) - Tumbuk seulas bawang putih dan sedikit lobak merah.
    - Pukul putih telur sampai berbuih. Masukkan satu sudu kecil madu. Kacau.
    - Masukkan lumatan bawang putih dengan carrot ke dalam putih telur tadi. Kacau dengan penuh kasih sayang.
    - Sapukan pada muka. Tunggu 30 minit dan basuh.

3) Tumbuk bawang putih. Sapukan pada wajah. Biar 5 minit dah basuh muka.

4) Makan bawang putih.

Tapi kalau cara keempat tu kauorang tak suka, bukan korang aje, aku pun sama, baik guna cara yang lain. Kang tak memasal, ada aje yang kena hempuk sebab mulut dan badan berbau. Elok-elok tujuan nak hilangkan jerawat, nanti boleh terhilang kawan pula sebab bawang putih aje. Fuh~

Ohkay bye. Assalam,

24 June 2015

Raya Giveaway : Jualan Raya Meletop 2015

Assalamualaikum haii..


Ehh, aku baru aje balik dari website Nile.com.my tak sampai pun dua saat dan terbaca satu entri dari Nur Amalina pasal raya giveaway ni. Giler excited aku melihatnya dan semestinya aku akan joined. Menang kalah belakang kira. Asalkan aku dah join. Hiks

Klik Sini Untuk Join

Jadi, barang yang aku dah survey awal-awal dari siang tadi lagi (sebenarnya sikit aje.. tapi bila check balik jadik terbanyak pulak) adalah :-



Product: Lady Jacket/Suit
Price Meletop: RM13.90
Date: 29/06/2015
Time: start 11.00am 
Quantity: 200 pieces

Product: Bohemia Chiffon Long Dress
Price Meletop: RM19.90
Date: 29/06/2015
Time: start 3.00pm 
Quantity: 100 pieces

Product: Dual Color Woman Flats
Price Meletop: RM9.90
Date: 01/07/2015
Time: start: 3.00pm 
Quantity: 100 pairs

Product: Haniya Mixed Color Blouse
Price Meletop: RM14.90
Date: 02/07/2015
Time: start: 3.00pm 
Quantity: 200 pieces

Product: Haniya Podka Dotted Blouse
Price Meletop: RM14.90
Date: 02/07/2015
Time: start: 11.00am 
Quantity: 150 pieces
Pst : Perempuan akan jadik rambang mata bila bershopping. Okeh,

Bermulalah Sebuah Perjalanan

Assalamualaikum hai..

Selamat berpuasa bagi yang berpuasa. Hehee

Yeah, macam yang tertulis di tajuk atas nun.. Mulai 20-June-2015, Sabtu minggu lepas, Maka bermulalah sebuah perjalanan aku sebagai seorang pelajar kembali. Semestinya, zaman pelajar kali ni tak seperti zaman sekolah sebelum ni. Terlalu banyak perbezaan. Sampai aku susah nak adapt semuanya sekaligus.

Zaman sekolah, sekolah mesti berhampiran dengan rumah. Tapi sekarang, nun jauh di ibu negara Malaysia. Sebenarnya, aku tak sangka langsung yang aku boleh merantau 'sejauh' ni.

Kuala Lumpur, tempat aku sekarang. Tempat aku menuntut ilmu. Tempat aku merealisasikan impian Mama-Ayah. Tempat untuk aku majukan diri sendiri. Dan tempat aku mengenal makna hidup, semestinya.

Kat mana aku belajar? Tak payah tahulah. Kalau tahu pun bukannya hangpa kenal ceqq.. Hahaa.. Aku ambil course Diploma In Accounting and Finance. Tiga tahun aku akan belajar di sana. Itupun kalau aku tak nak ambil degree kat sanalah. Huhuu~

Masa orientasi yang baru saja habis semalam, senior-senior aku cakap, course aku bukan susah dan bukan juga senang. Ayat tipikal yang selalu dibilang MPP setiap course. CEO kolej aku pula cakap, course akulah antara course yang paling banyak orang failed!

Gulp!

Dan oh ya, course akulah antara course yang paling ramai student. Sampai kadang-kadang aku fikir, mampu ke aku? Bersaing dengan beratus-ratus orang tu? Sudahlah aku tak ada basic account. 

Tapi Mama pesan, tak semuanya mustahil. Tak ada yang mustahil dalam dunia bila Allah sebut, kun fayakun. Cuma tetapkan dalam diri, yang kau boleh berjaya macam orang lain!

Semoga Allah permudahkan segalanya. Insya-Allah

19 June 2015

1st Giveaway by Farah 'Adila

Hai there.. Assalamualaikum hai,

Dah lama aku cakap nak join giveaway ni, tapi sembang kemain abadi. Laa ni baru dapat join. heh. 


*klik banner yang comel tu untuk join. hiks


Mangsa tag :

senarai hadiah :
5x REVIEW BLOG by FARAH
3x HEADER BLOG by FARAH
2x TUDUNG by BELLA IDURA
2x KERONGSANG by BELLA IDURA
3x KAD RAYA LE by RUQAIYAH AMANINA
2X STARTER KIT VITAMIN C 30 PIL by MURNI ALYSA

17 pemenang dicari ! jom meriahkan giveaway ni ♥♥♥

Ohh sebelum lupa, due datenya APABILA CUKUP 50 PESERTA!

Terima kasih (:

18 June 2015

Ya, Selamat Berpuasa

Assalamualaikum hai,

Masih belum terlambat lagikan nak ucap selamat berpuasa to all muslimin and muslimat di dunia? So, Happy Fasting Month! Ehehe..

Credit to :
Setiap anak, termasuk aku tentunya, mesti nak bersahur dengan famili yang disayangi, bukan? Ya, ada Mama, Ayah and semuanya satu famili duduk berjemaah dan bersahur. Suasana yang paling best, aku rasa. Dan suasana tu lah yang menjadi impian aku setiap tahun. Puasa setahun sekali aje weh, takkan tak nak buat kan?

Tapi itulah, so sad here.. Hari pertama bersahur, My Dad tak ada bersama kitaorang untuk bersahur. Apa nak buat kalau dah tuntutan kerja, iya dakk? Untuk aku dengan adik-beradik yang lain juga.

Jadi, malas nak mengulas panjang-panjang, selamat bersahur dan selamat berpuasa. Hey, terawih tak malam tadi?

16 June 2015

Bila Marah

Assalamualaikum,

Aku entahlah.. Aku memang susah nak marah. Serius, susah gila nak nampak aku marah. Jiwa aku sentiasa cool aku rasa. Hahak

Tapi bila aku dah marah, jangan tanya kenapalah kalau telefon aku tetiba pecah. Huhuu. Kawan aku yang pernah nampak aku marah pun dah gerun. Katanya, aku kalau marah memang suara habis meninggi gila. Itu pun dia nampak aku marah masa aku tengah marah adik aku.
 kredit
kredit

Dan aku pun senang sangat nak cepat turun rasa marah. Kiranya, aku cepat marah dan cepat sejuk. Tak tahu macam mana, memang sifat aku macam tu.

Tapi kalau aku memang marah gila khinzir, aku akan diamkan diri. Tapi dalam hati dah caci-maki orang tu. Benda yang aku tak pernah cakap pun akan keluar gak dalam hati masa tuu. Saje buat tambah dosa.

Dan kalau aku marah sesangat, aku akan menangis! Hahaa, kalau aku dah menangis tu memang aku marah sesangat-sangatlah tu. Rasa nak lempar orang pun ada gak.

Pernah sekali, masa tu aku kena marah dengan someone. Gila betul dia punya marah dekat aku. Padahal aku buat salah sikit aje pun. Tak menjejaskan reputasi dia pun, apalagi maruahnya. Tapi dia marah aku, macam aku dah rampas suami dia aje!

Then apa yang aku buat, aku masuk kereta. Aku memandu macam orang gila lajunya. Nasiblah tempat yang aku memandu tu tak banyak sangat kereta lalu-lalang. Dan end up, aku berhenti kat taman, dan aku menangis. Siap menjerit nak merancakkan suasana. Hiks.

Tapi sekejap ajelah, tak sampai lima minit aku dah berhenti menangis dan pergi tengok wayang. Habis rasa marah aku macam tu aje.

See! Kan dah cakap yang aku cepat sejuk dari marah.

Hiks..

Moral story : Jangan ikut apa yang aku buat tu. Lagi-lagi kalau kau baru dapat lesen P. Habis kau boleh dapat merit nanti. Huhuu

kredit

11 June 2015

Inai

Assalamualaikum hai,

Credit


Aku datang dari famili yang suka pakai inai. Bukan inai yang lukis satu tangan sampai tak tahu mana jari telunjuk dengan jari hantu tu. Bukan. Inai biasa yang kat kuku je. Macam semak tau ea pakai inai lukis.

Lagi prefer inai daun. Semula jadi punya inai. Baru aku tak rasa was-was bila nak guna. Hmm hmm..

Tapi dalam famili aku yang gegirls ni, aku seorang aje kot yang fanatik giler dengan inai. Hilang aje inai kat jari, dah pi cari daun inai kat rumah orang. Kalau tak malu, aku terus je pi rumah kawan aku and mintak inai dengan muka selamba aku tu.

Bayangkan, selalunya orang datang rumah kawan nak beramah-mesra, nak gosip, tapi aku datang rumah orang nak mintak inai. Buat muka tak ada perasaan lagi satu hal. Pernah sekali aku nampak, muka kawan aku macam nak tampar aku bila aku mintak inai dari dia.

Nasib kaulah dapat kawan macam aku ni~~

Aku suka pakai inai sebab aku rasa jari aku akan nampak, cantik? Ha, mungkin betul. Sebab kalau tak pakai inai, aku rasa kosong giler jari aku ni tanpa sebarang aksesori. Sudahlah aku jenis yang tak suka pakai cincin. Lagilah kosong.

Eh, tu aje nak story.

P/s : Eh, aku dengar inai lukis tu tak boleh pakai. Sebab nanti jati tatoo. Betul ke?

Couple Satu Kelas

Assalamualaikum,

Sekadar Gambar Hiasan
Hui hui..

Tak kisahlah samada couple satu kelas, satu pejabat, satu company atau sewaktu dengannya. Jangan kau fikir pi couple dengan satu kelas sudah ler~~ Pang nak pang?

Okay, ni nak cerita. Idea entry ni datang masa tengah syok menghayati lagu Maher Zain tadi. Entah apa kaitannya pun aku tak tahu. Hahakks

Jadi, teringatlah masa zaman-zaman aku form 4 & 5.. Form  4 & 5 kan kelas aku sama aje. Tak bertukar sebabnya sama aliran. Dan kalau ada yang naik atau turun kelas pun, kelas aku takkan masuk dalam list. Sebab kelas aku memang satu aliran aje yang takkan ada kat memana kelas. Faham sendirik lah. Malas nak terang. -_-

Diteruskan cerita. . .

Masa form 4 ada satu and masa form 5 pun ada juga kelas aku couple. Couple satu kelas,

Masa form 4.. Aku memang tak tahu menahu langsung pasal diorang ni tengah hangat bercinta. Serius. Setiap hari aku duk tengok muka diaorang, tapi aku langsung tak sedar, tak perasan yang mereka bercinta. Yang peliknya, hanya aku seorang aje tau yang tak tahu. Aku seorang. Diulangi, seorang!

Aku dapat tahu diaorang couple pun sebulan selepas diaorang clash! Ulang, sebulan selepas, okay! Macam dungu siakk..

Then, form 5. Yang ni memang satu kelas tak tahu yang diorang couple. Dapat tahu pun selepas lima bulan diaorang declare. Punyalah pandai mereka sembunyikan hubungan mereka berdua.

Dan Alhamdulillah, kedua-dua pasangan tu dah clash. Eh! Aku tak tahu senanya untuk apa Alhamdulillah tu. Mungkin sebab diaorang dah ingat dosa, itu yang mereka break kan? Hiks


So, korang pernah couple satu kelas????

5 June 2015

Segmen "ALL ABOUT THE SONGS" by BAJUWARNACOKLAT

Assalamualaikum,

Dah lama senanye aku perapkan(perap or peram senanye?) entry ni dalam draft, dan baru perasan senanye hari ni. Haih. Jadi, sebab aku macam memang tengah dalam mood pemalas ni, aku publish terus.





*klik banner untuk join.

1. Lagu yang membuatkan uollss teringat masa zaman-zaman sekolah duluuu. Yang ada memori bila mana uollss dengar jee mesti ada teringat kawan-kawan masa sekolah tu dan semua benda nakal benda baik yang uollss buat masa tu. Kalau uollss tengah sekolah skrg ni, apa lagu yang paling uollss akan kenang bila dah tamat persekolahan nanti?

Lagu, Tetap Menanti Mu – Nomad.Hahaa.. Aku selalu tergelak bila dengar lagu ni. Ingat zaman sekolah tahun lepas. Huhuu.. Lagu ni aku pernah nyanyi dengan classmate aku masa minggu Ko-Akademik. Satu kelas nyanyi ramai-ramai kat pentas untuk pertandingan tu. Kitorang memang tak sedia untuk pertandingan tu senanye, tapi menggedik pi tulis kelas kitorang nak joined pertandingan tu. Guess what, lagi dua jam pertandingan tu start baru kitorang bertungkus-lumuslah sangat nak prepared semua benda. Tapi yang buat kitorang tergamam jap is, kitorang dapat nombor dua untuk pertandingan tu. Serius macam tak percaya. Sebab kitorang rasa kitorang punya nyanyianlah yang paling teruks sekali. Tempat kedua weh,, Spechless!

2. Lagu yang bila uollss dengar mesti teringat masa patah hati duluuu. Dan betapa suweyyynyaa pada ketika itu. Kalau tak pernah patah hati, sakit hati. Hahaaa. Pernah tak? Mana tahu kecewa sbb Mak taknak belikan jajan ke.

Lagu, Patah Seribu by Shila Amzah.Aku tak pernah patah hati mahupun sakit hati. Tapi ada kecewa sebab my Mom and Dad tak nak belikan patung Spongebob! Bhahaa.. Elok elok duk teriaq dalam kereta, tetiba keluar lagu ni. Sangat sesuai dengan keadaan. Heh!

3. Lagu yang boleh buat uollss bangkit dan move on!

Lagu, Ya Sudahlah – Bondan feat 2 Black.Aku sebenarnya tak pernah tahupun kewujudan lagu ni. Tapi one of my friend ada terbagi lagu ni bebetul masa aku tengah kuciwa sebab result exam sastera aku jatuh giler. And entah pasai pa, lagu tu buat aku sedar yang tak semua yang kita nak kita akan dapat. Dan habis aje lagu tu, aku rasa semangat giler nak belajar lagi and yeahhh, SPM Sastera aku A+! ~Ketika mimpi mu, tak begitu indah, ya sudahlah!Saat kau berlari, mengejar anganmu, dan tak pernah sampai, ya sudahlah!~

4. Lagu yang buat uollss teringat kat mak/ayah kalau dengar ni. Boleh meleleh-leleh air mata lagi-lagi kalau duduk asramaa tu.

Banyak senanya tapi lagu yang paling mantap lagu, Buatmu Ibu – Aeman.Akan berteriaq dan meleleh-leleh ayaq mata bila dengar lagu ni. Sodeh~

5. Lagu yang mengisahkan pasal kehidupan uollss sekarang, apa yg uollss rasa dan alami.

Lagu, Leaving On The Jet Plain – John Denver. Lagu yang sangat sesuai dengan keadaan aku sekarang. Sedih nak tinggalkan rumah nak pi sambung belajar. Huarghhhh! Even aku pegi sana tak naik kapal terbang! Eheh!

6. Lagu yang uollss nak sangat nyanyi kat someone. Macam laki sendiri ke, kawan baik ke or sesapa lah. Crush pon bisaa dong. Hahahh

Lagu, Bengang – Akim!Hahaaa.. Aku nak sangat nyanyi lagu ni kat hangpa semua yang aku sayang.
 ~Aku bosan dengan cintamu, aku rasa buang masa.. lalalalaaa~

7. Lagu yang kau nak nyanyi kat aku. Hehewww. Ada tak? Mohon ada lah mana tahu ada sesapa nak nyanyikan lagu What Makes You Beautiful by One D ke kat gue. Nombor tujuh ni kalau takde takpe. Nak jawab lagi bagusss. Hehe. Jangan nyanyi lagu Lelaki by Yuna dahlah. Gue bukan lelaki tak gunaaaa.


Nah! Aku sedekahkan lagu ni kat kau.. Mohon terharu~~

Psst : Kenapa tak ada soalan pasal lagu yang buatkan kau rasa berbunga je hati bila dengar? Eheh!

1 June 2015

Dengar Lagu

Hai gaisss, Assalamualaikum,

Pernah tengok keadaan yang macam ni,?

Credit

Mesti pernah, bukan? Atau kauorang yang buat? Hahaa.. Eh kalau macam tu, sama lorh dengan aku.

Selalu aku buat. Nak buat omwork (cerita tahun lepas), layan laptop, tengok tv, tidur and etc.

And selalu juga aku kena baling dengan surat khabar, dengan pen, buku, majalah, ada yang sampai aku kena cuit sampai TERmelatah, kena maki pun ada gak, bila orang panggil saat-saat aku buat macam tu, tapi aku tak dengar.

Mana tak nye, dah kalau buka volume super high, mana nak dengar. Iya dakk?