Home Creator Creation Review
Everyone has to hit the bottom before they climb back up in their lives. - Kang Gary

29 June 2015

Homesick

Assalamualaikum haii,,



Selama ni duk tengok aje orang update kat media sosial pasal Homesick, tanpa aku tahu makna sebenar home-sick ni.

Itulah orang cakap, dah kena batang hidung sendiri baru tahu macam mana rasanya kan?

Ya, dan sekarang, aku dah tahu macam mana rasa homesick ni. Huhuu, wanna cry every second. Serius!

Sebab inilah kali pertama aku berjauhan dengan famili. Bila dah homesick, menangis sembunyi-sembunyi dari housemate, dan nak hilangkan rasa tu memang tersangat susah. Aku pula jenis anak yang memang tak boleh hidup sehari kalau tak pandang muka Mama-Ayah.

Tapi bila dah hilang homesick tu, jangan tanya kenapalah kalau Mama atau Ayah telefon tapi aku tak jawab. Bukan apa, takut aku menangis lagi aje karang lepas dengar suara merdu mereka. Huarghhhh!

Tapi, aku jauh dari famili sebab nak menuntut ilmu. And, I'll got the best reward, Insya-Allah.

Okeh, tu aje nak cerita~

No comments:

Post a Comment

Everyone growing up by making a mistake.