Home Owner Gais Karya RulesReview
"Keep smile even your heart bleeding." - Saidina Ali.

2 August 2015

Meniru Dalam Peperiksaan

Assalamualaikum haii



Manusia zaman sekarang, samada di sekolah rendah mahupun sekolah menengah, di peringkat diploma, ijazah, master, phD and sebagainya mesti pernah meniru. Kan? Kauorang pun mesti pernah juga en buat benda ni? Betul tak?

Aha tak yah membongaklah sebab.... Aku pun pernah buat juga. Serious talk ni. Bukan nak bangga yang aku pernah buat tapi ya lahh.. Manusia kan, mesti nak buat juga sesuatu tu walaupun sudah dilarang.

Aku pernah meniru masa peperiksaan pertengahan tahun tahun lepas. Masa aku tingkatan limalah kiranya. Serius. Aku yang nampak baik ni pun meniru apatah lagi yang dah sah-sah memang tak baik.

Cakap je apa, tulis formula math kat meja.. Meniru kawan sebelah. Panggil kawan suruh bagi jawapan. Mestilah ada yang pernah buat. Eheh. Betapa ceteknya akal aku masa tu.

Tapi yang aku nak cerita harini, pasal keburukan meniru.

Dan seperti biasa, bila dah meniru, sah-sahlah jawapan mesti betul. Ada ke meniru jawapan salah? Lelagi kalau kauorang meniru dengan bawa masuk telefon dalam exam. Sangat dasyat.

Apa yang aku rasa lepas meniru, aku rasa bersalah dan berdosa gila wehh.. Masa nak buat tu sumpah tak ada langsung rasa bersalah tu. Dah lepas menirulah baru rasa bersalah tu muncul. Serius!

Dan dengan meniru tu, akulah antara manusia yang paling tinggi markahnya diantara yang lain. Mid-Term Exam kan.. Lagi bertambah rasa bersalah aku, bila sekolah aku tu buat majlis anugerah cemerlang, sampaikan sijil and trofi bagai. Masa nak naik pentas tu, sumpah aku rasa nak menangis. Bila pengetua cakap tahniah lagilah rasa bersalah aku kuat.

Aku berjaya sampai tahap tu dengan taktik kotor. Meniru. Dan sampailah sekarang, ke saat ni, rasa bersalah tu tetap ada.

Dan benda ni aku tak beritahu sesiapa pun kecuali,, kecuali adik perempuan aku. Hanya dia seroang saja yang tahu benda ni selamani sebelum harini aku upkan di blog ni.

Aku taip ni bukan sebab nak membangga diri yang aku meniru, tapi aku nak buat orang sedar yang meniru tu keburukan dia sepanjang masa. Sampaikan satu tahap ianya boleh jadi darah daging kauorang dan hidup kauorang tak pernah berkat.

Serious talk.

Jadi, kalau nak meniru tu, fikir masa depan sekali. Jangan berfikiran sempit sangat. Dosa tu senang je nak buat.

2 comments:

  1. Penah cuba-cuba meniru, bawa 'toyol' masuk exam..tapi tak berani nak buka toyol...huaaaa cubaan gagal..hahaha

    ReplyDelete
    Replies
    1. hahaaa.. biasalah tuh.. tak semua orang berani nak buat.. hehee

      Delete

Tekanlah aksara-aksara yang indah maka jadilah ayat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...