Home Owner Gais Karya RulesReview
"Keep smile even your heart bleeding." - Saidina Ali.

31 October 2015

Hati Manusia

Aku pernah,

Pernah menjaga hati orang melebihi hati sendiri.

Aku jaga elok elok baik baik hati orang walaupun hati sendiri tak terjaga.

Tujuan menjaga hati mereka, sebab tak nak putus ikatan bergelar sahabat.

But at the end, aku sendiri yang sakit. Melihat mereka mereka bahagia. Sedang aku merana.

Rasa sakit tuh, aku sendiri yang tahu.

Sampai aku rasa fed-up selepas tuh nak jaga hati orang dah.

Ada orang pesan pada aku, "hati itu milik kau, buat apa nak suruh orang lain jaga?"

Dan dari situ aku sedar, tak semua orang akan jaga hati kita seperti mana kita menjaga hati dia.

Dan pesan mama aku pulak, "biar orang buat kita, jangan kita buat orang."

Dan sekarang,

..aku bingung.

P/s : entah tetiba rasa nak bermadah pulak pepagi ni. Haih haih



Sent from Samsung Mobile

25 October 2015

Maafkan saya, akak

Alkisah, selepas 'puas' bercuti selama hampir seminggu di rumah sendiri,, maka aku pon angkutlah beg segala balik KL.

Bila tiba di TBS, nak naik train pulang ke hostel, ada dua orang akak ni tanya aku nak ke Wangsa Maju dan Hang Tuah perlu naik train yang mana satu.

Dan dengan penuh keyakinan di dada, aku pon menunjuklah train ke Sri Petaling yang perlu mereka naiki.

Dan tibatiba aku rasa tak sedap hati, lalu buka galeri telefon dan cari gambar peta laluan train. Dan aku tergamam seketika,

Sepatutnya mereka harus mengambil train ke Sentul Timur.

Dan sehingga kini, rasa bersalah dalam diri aku semakin lama semakin menebal. Rasa nak menangis, rasa takut, semuanya bercampur.

Sesiapa pun akak berdua tuh, maafkan saya. Saya masih belajar dan masih lagi menghafal laluan train ni.

Dan mohon, jangan menghantui lena malam saya dengan hantu mu.

Sumpah lepas ni aku diam aje kalau orang tanya aku laluan train lagi, walaupun aku tahu jalannya.

Heh.

Maafkan saya, deh.



Sent from Samsung Mobile

23 October 2015

Ketinggian

Peace be upon you and hai,


Semenjak duduk negeri orang ni kan, aku selalu berjumpa dengan pelbagai dan berbagai jenis manusia. Dan semestinya berjumpa untuk menyiapkan assignment dan juga kerja kursus ataupun kertas kerja yang diberikan oleh seorang pendidik bergelar pensyarah.

Dan apabila sudah disetkan masa dan tarikh untuk berjumpa, maka kami berjumpa,

Dan,

Setiap manusia yang berjumpa dengan aku buat kali pertama pasti akan mengatakan sesuatu yang membuatkan aku terdiam sesaat.

Antara ayatnya,

"Dalam gambar tinggi,"

"Lah, pendek je orangnya."

"Pahal pendek sangat ni?"

"Dik, tadika belah sana."

Dan macam-macam lagi.

Tahukah kalian, ayat-ayat sebegitu seringkali menyakiti hati aku? It hurt me, everytime.

Tolonglah, jangan persoalkan ketinggian aku. Tolong ehh?

10 October 2015

Pena #1

Terkadang apa yang dirasa tu tak patut diluahkan tetapi harus dipendam. Tapi kita manusia biasa, yang tidak sempurna. Yang masih mencari satu jalan yang membawa ke puncak dunia. Jalan yang akan buat manusia yang lain memandang tinggi pada kita.

Tapi bila sudah terlalu lama memendam rasa, satu saat pasti akan terluah juga apa yang dipendam itu. Mungkin tidak dengan luahan berbentuk lisan dan mungkin juga tidak dengan tulisan. Tapi akan terluah dengan cecair jernih di tubir mata.

Mengalir melalui lekuk pipi.

Dan akan berhenti dan terhapus untuk selamanya saat kita sedar, tangisan itu takkan merubah apaapa yang telah berlaku saat ni.

Kuatkan diri demi mereka yang disayangi. Harungi segala jerih perih demi mereka yang sanggup melakukan segalanya untuk kau. Tanpa mereka, kau takkan dilahirkan. Tanpa mereka, kau takkan berada di tempat kau berdiri sekarang.

Angkat tangan, berdoalah. He(Allah) is with you whereever you are [57:4]



Sent from Samsung Mobile

9 October 2015

Jaga Hati Orang

Hai Assalamualaikum,

Malam ni nak cerita mengenai, ayat nak jaga hati orang. Tak dapat dinafikan, akulah antara manusia yang tak suka orang lain terasa dengan ayat aku. Serious talk, aku paling tak suka benda tuh. Sebab rasa bersalah tuh, sangat mengganggu seluruh hari aku.

Ececeh,

Antara ayat nak jaga hati orang yang selalu aku buat,

Contoh:- Tengah buat homework account, tengah serabut nak balance kan jawapan akhir, dan masuklah notification WhatsApp dari seseorang yang selalu mengganggu hidup aku. Kalau seminggu sekali sebulan sekali mengganggu, tak apalah jugak. Ini hari-hari, ohkay. Setiap saat, masa, detik dan ketika.

Dan bila aku dah sampai tahap stress yang paling tinggi, aku akan terus beritahu, "Stress gila buat account nih, macam nak terjun bangunan."

Dengan tujuan supaya si pengganggu faham yang aku teramat malas nak melayan conversation dia.

Dan jawapan balas dari si pengganggu, "Ouh, maaf ganggu."

Aku membalas kembali, "Sokay." Walaupun dalam hati, bukan kau selalu mengganggu aku ke?

Dan perbualan terhenti disitu.

P/s: aku sendiri tak tahu apa yang aku merepek. Ok bye

8 October 2015

Word of The Day

Aku diam.

Mendengar dengupan jantung.

Takut.

Andai satu saat

Aku tidak lagi mendengar dengupan itu.

-MissOren-
-7/9/2015-
-8:41 pm-



*Sent from Samsung Mobile
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...