Home Creator Creation Review
Everyone has to hit the bottom before they climb back up in their lives. - Kang Gary

9 October 2015

Jaga Hati Orang

Hai Assalamualaikum,

Malam ni nak cerita mengenai, ayat nak jaga hati orang. Tak dapat dinafikan, akulah antara manusia yang tak suka orang lain terasa dengan ayat aku. Serious talk, aku paling tak suka benda tuh. Sebab rasa bersalah tuh, sangat mengganggu seluruh hari aku.

Ececeh,

Antara ayat nak jaga hati orang yang selalu aku buat,

Contoh:- Tengah buat homework account, tengah serabut nak balance kan jawapan akhir, dan masuklah notification WhatsApp dari seseorang yang selalu mengganggu hidup aku. Kalau seminggu sekali sebulan sekali mengganggu, tak apalah jugak. Ini hari-hari, ohkay. Setiap saat, masa, detik dan ketika.

Dan bila aku dah sampai tahap stress yang paling tinggi, aku akan terus beritahu, "Stress gila buat account nih, macam nak terjun bangunan."

Dengan tujuan supaya si pengganggu faham yang aku teramat malas nak melayan conversation dia.

Dan jawapan balas dari si pengganggu, "Ouh, maaf ganggu."

Aku membalas kembali, "Sokay." Walaupun dalam hati, bukan kau selalu mengganggu aku ke?

Dan perbualan terhenti disitu.

P/s: aku sendiri tak tahu apa yang aku merepek. Ok bye

1 comment:

  1. hihihi..pandai Miss Oren bg hint kat kawan tu..kalau akak cara akak xbuka mesej tu..pastu ckp alaa ter mis out..banyak sgt mesej masuk td

    ReplyDelete

Everyone growing up by making a mistake.