Home Creator Creation Review
Everyone has to hit the bottom before they climb back up in their lives. - Kang Gary

21 November 2015

Melayan Tetamu

Alkisah, Mama dengan adik perempuan aku pergi ceramah ustaz Kazim dekat Gelang Patah, Ayah kerja, abang perfi main futsal. Jadi tinggal lah aku dengan adik lelaki aku yang sangat nakal di rumah.

Tapi,

Yang buat aku nak menjerit adalah, Mak Saudara aku pun ikut sekali pergi ceramah tu dengan Mama, dan dia tinggalkan anak-anak dia dekat rumah dengan aku.

Lol, mereka sudahlah suka memekak. Biasalah budak-budakkan, aku pula jenis yang tak boleh duduk dalam suasana yang bising gila. Nanti aku gila. Fakta ohkay,

Plus, aku memang tak reti nak melayan tetamu yang berkunjung. Serius,

Dan akhirnya, lepas di brainwash oleh Mama, aku pun dengan rela tak rela hati pun menjagalah mereka. Lol, dah macam tadika weh rumah aku. Sangatlah bising,

Lepastu, baru ingat yang Mama suruh serve makanan dan minuman, yeah, adab ketika menerima tetamu. Sediakan makanan minuman, bermanis muka dan banyakkkk lagi.

Mama dah sediakan dah makanan apa yang aku kena masak masa ketiadaan dia. Jadi aku pun masaklah, keropok ketam. My favourite! *wink

Lepastu baru ingat yang, takkan nak hidang air masak sajakan? Sangatlah tak beradab. Jadi dengan wajah yang dimaniskan, aku pun tanyalah,

"Hoi adik-adik, nak minum apa?"

"Milo!" Okay, jawab serentak.

Serius aku rasa macam dalam tadika masa tu. Kah!

Dan yang buat aku sedih kan, makanan tuh, keropok ketam tuh, aku sorang saja yang makan weh. Makan mengalahkan budak-budak tuh. Okay, sangat sedih.

Habis dah aku tengok diaorang just minum air milo tuh je, jadi aku pon dengan muka selamba makanlah keropok ketam tuh. Dah lah faberet aku.

Okay, sambil makan sambil mengubat hati yang berduka.

Cehwah,

20 November 2015

Hits

Assalamualaikum gais,


Tadi aku sangatlah terajin nak buka Nuffnang. Lepastuh terjumpa benda ni,




Lol. Aku tak tahulah kenapa banyak sangat keyword yang hit pasal memandu ni. Huhuu,, dan tetiba terimbau kenangan ambil lesen memandu awal tahun ni. Ohoi,

Kena marah dengan cikgu QTI, makan coki-coki sambil memandu, langgar divider, langgar tiang, pusing kat roundabout tapi terlebih pusing stereng dan menyebabkan langgar si roundabout tu, memandu kat highway buat pertama kali, dan apa lagi?

Ohh hah, paling tak boleh lupa, pasal dapat penge'test' JPJ nya, lelaki handsome. Heh!

Okay, kenangan semua tu.

Hahaa,

Ohkay bye~

19 November 2015

Menyentan

Assalamualaikum gais,

Ekhem, tetiba sora hilang memalam macam ni. Haih,

Minggu lepas, ada seorang kawan sekolah aku ni, dia pun plan lah sesuatu di group WhatsApp, pasal nak hang sesama minggu depan, ohoi, just gril trips only. Pasal rasa tak bebas kalau ada lelaki sekali.

Plan punya plan, kata sepakat pun dah diterima bersama. Which is, akan hang sesama hari Khamis minggu depan sebab Khamis tu memang mereka dah sepakat nak mintak cuti bagi yang bekerja.

Aku pun okay sajalah. Sebab tengah cuti sem ni memang aku free all the time. Nak ajak aku pergi Marikh pun aku ikut saja. Ohkay, hiperbola di situ.

Dan tadi, yang buat aku menyentan bila bangun tidur. Dapat WhatsApp dari seseorang, katanya, tak jadi sebab bos dia nak bercuti dan kedai yang dia kerja tu tak ada orang nak jaga, sambil buat emotion menangis sampai nak banjir WhatsApp aku.

Kalau orang lain aku okay lagi, tapi ni, yang jadi leader pada hang kami tu. Haih, dia yang lead, dia yang tak jadi pergi.

Dan, yang lagi buat aku menyentan sesangat-sangat-sangat kat dia tuh, sebab, memang muka dia saja pun yang selalu cancel last-last minute kalau ada 'reunion' apa-apa. Lepastu WhatsApp kat aku suruh aku bagitau yang lain pasal dia tak boleh pergi.

Defakkkkk dia lah!

Dia yang tak jadi pergi berbual gampang abadi, lepastu suruh aku sampaikan 'arahan' dia tu. Ehlah, mengalahkan syaitonirojim sungguh.

Dan,

Tipulah kan kalau kauorang tak ada kawan yang macam tu.

Kebanyakan orang termasuk diri aku sendiri, mesti tak suka dengan orang macam di atas bukan?

Okay, tetiba rasa menyentan dan sakit hati aku datang balik. Haih,

Pendengar Setia

Assalamualaikum,

Hai,


Saat entri ini ditulis, telinga aku tengah dicucuk dengan earphone dan lagi memutarkan lagu Aizat - Pergi.

Hmm,

Aku jenis yang suka dengar masalah orang. No! I'm not busybody. It just, aku lebih suka mendengar dari meluahkan. Sebab aku akan rasa kekok dan tak selesa bila orang tahu apa yang aku rasa melainkan rasa gembira.

Bila orang mula meluahkan, I'm just say, "I'm all ears, dude." Serious talk! 

Sebab aku berpegang dengan satu ayat,

"Sesungguhnya di saat kawan susah. Satu senyuman yang tulus lebih berharga daripada sejuta kata yang tak ada guna."

Jadi sebab itu aku diam. Sebab aku lagi suka manusia itu meluahkan segalanya pada aku, dan aku akan jadi pendengar yang setia.

Aku baik bukan?

18 November 2015

Braces

Assalamualaikum hai,



Lorh, malam tadi aku mimpi, aku pakai braces. Macam lawak tapi,

Bangun-bangun je pagi tadi terus tanya dengan Mama, "Nak pakai braces boleh tak?"

Tapi malangnya Mama tak kasi. Huhuhuu

Sedih.

Tapi,

Tak apa. Aku masih punya seorang bapa untuk diminta keizinan. Dah kalau Mama tak kasi, minta izin dari Ayah pulak. Apa susah, hehee

Dan aku terus minta pendapat kawan-kawan aku tadi, "Aku nak pakai braces ohkay tak?"

Dan semestinya, pelbagai dan bermacam feedback yang aku terima.

Antaranya,

"Okaylah. Aku sokong!"

"Ok lah. Nampak bersinar gitu," - Dan jujur, aku tak tahu bersinar tang mana? Gigi? Ohoi, gigi aku memang bersinar sejak dulu. Hehee

"Jangan weh, nanti kau kena sambar petir." - Dan aku tak tahu apa kena mengena braces dengan petir. Mungkin dia ingat, petir suka dengan manusia yang ber'gigi besi'. Mungkin lah.

"Kau pakai braces tuh niat kerana apa?" - Ohkay, ni tetiba aku sentap dan cari balik niat aku nak pakai braces kerana apa,

Dan ada juga one of my friend yang tanya, "Braces tuh apa?" - Okay, tak sampai lima minit, ramai yang 'Booo!' kan dia sebab tak tahu braces tuh apa. Pity her.

Dan ohh, sesi nak 'buat' braces tuh sakit ke tak eh?

16 November 2015

Advantage and Disadvantage

Assalamualaikum hai,

Credit

Selama hampir enam bulan aku duduk di asrama ni kan, err, hostel lah aku panggil. Sebab kalau panggil asrama ni macam menyeramkan pulak. Entah kenapa, setiap kali kalau orang cakap asrama, mesti aku akan terbayang segala jembalang hantu syaitan dalam kepala. Uish,

Ohkay, hostel. Moden sikit dengar, kah!

Kalini tak nak cerita pasal kisah seram di hostel, sebab aku pun mengalami juga benda-benda macam tuh, cuma, tak nak ingat aje. Nanti makin aku takut adalah,

Cuma nak cerita, kebaikan dan keburukan duduk di hostel. Haa,

Kebaikannya,

1) Dapat berdikari
     - yeah, dapat berdikari. Kena buat semua benda sendiri tanpa bantuan ahli keluarga terutama sekali Mama. Huhuu, Duduk kat hostel ni sebenarnya mengajar aku supaya bangkit sendiri bila jatuh tersungkur.

2) Dapat mengubah diri ke arah kebaikan
     - hoi, serious talk. Masa duduk dekat rumah kan, aku punyalah malas nak solat, tak payah cerita lah. Selagi Mama tak cakap waktu Asar nak habis dah, selagi tulah aku menghadap laptop layan Running Man. Serius weh. Tak tipu ni,
     Tapi bila duduk hostel kan, entah kenapa, aku punya rajin nak solat mengalahkan housemate yang lain. Bilal baru je nak dekatkan mulut dekat mikrofon nak laungkan azan, aku dah berdiri siap-siap pakai telekung nak angkat takbir. Haih, tapi itulah kenyataannya.

3) Pandai serba-serbi.
     - Yeah, pandai segalanya. Pandai bersihkan bilik. Pandai bersihkan tempat tidur. Pandai bersihkan tempat belajar. Pandai memekak dengan housemate (sebab kalau kat rumah, memang kena makan penyapulah kalau terpekik terlolong). Pandai bersihkan rumah. Pandai basuh baju. Pandai bahagikan masa. Dan aku rasa, pandai yang paling dominan adalah, pandai perhabiskan duit mama dengan ayah. Hmmm,

Tamat mengenai kebaikan, sebab hanya setakat tu saja yang aku dapat fikirkannya.

Ohkay, sambung kepada Keburukannya,

1) Meregangkan hubungan dengan keluarga
     - Pernah sekali bila aku punyalah eksaited nak balik raya haji tak silap, seminggu sebelum tarik balik tu aku dah kemas barang semua. Dan bila aku tanya salah seorang housemate aku yang memang dari kecil dah belajar hidup di hostel, diaorang akan cakap, mereka tak punya rasa eksaited nak balik rumah. Sebab diaorang rasa, rumah tu macam dah tak punya apa-apa nilai bagi mereka. 

Yeah, house where the heart live. Lol, aku tak sure ayat tuh betul atau tak!

Dan, aku tak tahu kenapa, aku hanya jumpa satu disadvantage saja. Hoilah,

Dan masih memikirkan keburukan yang seterusnya, mungkin.

Eh tapikan, ini hanya pendapat aku tau. Lain orangkan lain pendapat. Tak gitu?

Okaylah, aku tak tahu nak merepek apa lagi. So, sekian saja. Running Man pun nak start dah ni, bye~

1St GIVEAWAY By MB

Assalamualaikum hai,
*klik banner untuk join.


# Disebabkan contest ni tak ada sign 18 year and above, jadi aku join. kah!

# dan untuk memeriahkan GA ni, dengan rasa rendah diri aku tag
     `mrs. naa `
     `Unaa Lily `

# Ohkay bye


# Sekiann wassalam ~~



10 November 2015

Sign

Peace be upon you and hai,

Aku selalu rasa macam nak marah, geram dan seangkatan dengannya bila nampak sign atau t&c macam ni,
.
.
.
.
.


Ada haritu, nak buat internet banking untuk BSN, punyalah gigih aku beratur sebab sangat panjang orang beratur, but end up, jadi macam ni,
.
.
.


Okay, tersangatlah frust aku kat situ.

Macam nak tendang aje mesin ATM tuh. Haih,

Tapi tak apalah, my birthday it just around the corner, bersabarlah ye. Nanti dah cukup-cukup, 18 tahun, kau buat lah apa yang kau nak.

Ohkay bye,

5 November 2015

Eye Contact

Hai assalamualaikum,





Bila nak cakap dengan seseorang kan, kita mesti-wajib-diharuskan memandang mata orang yang tengah bercakap dengan kita, tujuan sebab nak tahu orang tu jujur-ikhlas ataupun tidak berborak dengan kita.

Tapi kalau orang tu tak nak pandang mata kita ataupun kita tak pandang mata mereka bila berbicara, itu menunjukkan yang kita tak selesa berbual dengan dia dan rasa macam nak cecepat tamatkan perbualan tuh. Ataupun vice versa.

Tapi,,

Itu pendapat dunia kini. Dan bukan pendapat aku,

Sebab cara aku, aku tak suka pandang mata orang bila bercakap. Selalunya kan, kalau tengah bercakap dengan orang, aku hanya akan pandang wajah orang tu bila dia pandang tempat lain. Dan bila dia pandang aku, aku akan secepat mungkin pandang tempat lain. Ataupun kalau orang tu pandang dan cakap dengan aku, aku akan buat-buat belek benda lain, pandang telefon atau buat apa-apa sajalah, asalkan aku tak perlu memandang mata orang tuh.

Yeah, aku tahu walaupun tindakan aku tu, sedikit kurang ajar. Tapi seriusly, aku rasa tak selesa kalau sambil bercakap, kami bertentang mata.

Eheh, bukan sebab takut, 'dari mata turun ke hati'. Tak! Sebab, aku memang tak selesa dan tak suka.

Dan sebab paling dominan sekali,

Zaman sekarang kan, orang nak santau, nak aniayai kita, tatap mata orang pun dah boleh. Kan?? Jadi, itulah sebabnya aku tak berani dan tak suka pandang mata orang waima mata cikgu dan my mama sendiri.

Eheh, pemikiran jenis apa je lah kan aku ni?

Tapi itulah aku. Aku tak suka! Nak buat macam mana? Kan kan??

Anyone with me?



Sent from Samsung Mobile