Home Creator Creation Review
Everyone has to hit the bottom before they climb back up in their lives. - Kang Gary

21 November 2015

Melayan Tetamu

Alkisah, Mama dengan adik perempuan aku pergi ceramah ustaz Kazim dekat Gelang Patah, Ayah kerja, abang perfi main futsal. Jadi tinggal lah aku dengan adik lelaki aku yang sangat nakal di rumah.

Tapi,

Yang buat aku nak menjerit adalah, Mak Saudara aku pun ikut sekali pergi ceramah tu dengan Mama, dan dia tinggalkan anak-anak dia dekat rumah dengan aku.

Lol, mereka sudahlah suka memekak. Biasalah budak-budakkan, aku pula jenis yang tak boleh duduk dalam suasana yang bising gila. Nanti aku gila. Fakta ohkay,

Plus, aku memang tak reti nak melayan tetamu yang berkunjung. Serius,

Dan akhirnya, lepas di brainwash oleh Mama, aku pun dengan rela tak rela hati pun menjagalah mereka. Lol, dah macam tadika weh rumah aku. Sangatlah bising,

Lepastu, baru ingat yang Mama suruh serve makanan dan minuman, yeah, adab ketika menerima tetamu. Sediakan makanan minuman, bermanis muka dan banyakkkk lagi.

Mama dah sediakan dah makanan apa yang aku kena masak masa ketiadaan dia. Jadi aku pun masaklah, keropok ketam. My favourite! *wink

Lepastu baru ingat yang, takkan nak hidang air masak sajakan? Sangatlah tak beradab. Jadi dengan wajah yang dimaniskan, aku pun tanyalah,

"Hoi adik-adik, nak minum apa?"

"Milo!" Okay, jawab serentak.

Serius aku rasa macam dalam tadika masa tu. Kah!

Dan yang buat aku sedih kan, makanan tuh, keropok ketam tuh, aku sorang saja yang makan weh. Makan mengalahkan budak-budak tuh. Okay, sangat sedih.

Habis dah aku tengok diaorang just minum air milo tuh je, jadi aku pon dengan muka selamba makanlah keropok ketam tuh. Dah lah faberet aku.

Okay, sambil makan sambil mengubat hati yang berduka.

Cehwah,

No comments:

Post a Comment

Everyone growing up by making a mistake.