Home Owner Gais Karya RulesReview
"Keep smile even your heart bleeding." - Saidina Ali.

20 January 2016

Potong Barisan

Assalamualaikum annyeong.

Aku bukan seorang yang suka potong barisan. Serius. Sebabnya, entahlah. Tak punya sebab yang konkrit untuk memotong barisan. Tak kisahlah samada barisan tuh panjang ataupun tidak, tapi aku memang tak suka memotong barisan.

Tapi pernah suatu ketika ni, aku terpaksa potong barisan. Sebab aku nak kejar masa. Masa tu aku lambat sampai dekat stesen bas nak balik KL. Bas gerak pkul 10 pagi, tapi lagi lima minit bas nak gerak baru aku sampai stesen bas sebab jalan jammed.

Dah sampai tu, kan kena pergi kaunter bas dulu nak ambik nombor bas. Larkin Sentral bukan macam TBS ohkay?

Dah sampai kat kaunter, aku pun beratur. Bukan beratur sebenarnya, tapi aku potong barisan. Aku potong sorang kakak ni. Yeah, sebab aku memang dah lambat gila. Jadi aku terpaksa potong jugak.

Lepas dah dapatkan nombor bas, aku terus cakap dekat kakak tu, "Maaf sebab potong barisan. Saya nak cepat."

Akak tu senyum je. Mungkin dia faham yang aku sememangnya nak cepat. *sedang berbaik sangka*

Dah naik bas, dah babai Mama dengan Abang semua, dah buat drama air mata. Lepastuh bas gerak.

Masa dalam bas tu, aku toleh belakang nak betulkan tempat duduk aku. And you know what, akak yang aku tersengaja potong barisan tu, ada duduk dekat belakang. Tengah pandang tingkap.

Heh. Aku punya perasaan, tak tahu nak rasa macam mana.

Nak gelak pun ada. Nak malu pun ada. Tapi yang pasti memang aku tak tahu nak rasa apa.

So moral of story, jangan memotong barisan! Mungkin orang yang anda potong barisan tu, akan ada di sekeliling ada semula. Atau mungkin, orang lain pula yang akan memotong barisan anda kembali.



Sent from Samsung Mobile

19 January 2016

Tazkirah Selasa

Assalamualaikum annyeong.

Someday , Kita akan reach this breaking point

Rasa tak tenang
Rasa incomplete
Rasa tergantung

Rasa mcm we really really need something , but we dont know what is it

Rasa kosong , Rasa hopeless

" Kenapa aku diciptakan ? "
" Apa yg aku nak sebenarnya "
" I am really alone , is there ever anyone who still love me ? "

Bro , Sis

Sujudlah , Sujudlah , Sujudlah

Itu je

Kadang-kadang kita tak sedar , kita tak melakukan dosa besar pun , kita tak melakukan maksiat besar pun , tapi mungkin kita terikat dgn dosa-dosa kecil

Bila buat dosa kecil , hati berlari-lari kecil meninggalkan Allah , larian-larian kecil inilah yg kita tak sedar

Larian yg menjauh dari Allah . Sampai suatu masa , sebenarnya larian kecil ni dah menjadi jarak yg sangat jauh dari Allah .

Hati tak tenang , sebab maksiat yg berterusan
Hati tak tenang , sebab amalan yg ditinggalkan

Besarnya kasih sayang Allah .Bila hambaNya menjauh , Dia terus memanggil

Sebelum ni , kita dalam tarbiah sekolah

Pagi dan petang , kita amalkan mathurat
Sebelum tidur , kita amalkan Al-mulk
Sebelum subuh , kita amalkan qiamulail
Sebelum zohor , kita amalkan dhuha

Tapi , mungkin disebabkan oleh kesibukan assignment , kerja sekolah , or apa-apa activity society , kita tinggal amalan ni

Sebenarnya amalan² ni laa yg mendekatkan , amalan² ni laa yg menenangkan .

Bahkan dia dah stated jelas dalam Quran .

" Sesungguhnya hanya dengan mengingati Allah hati akan menjadi tenang "
[ 13:28 ]

Tuhan bukan dia meninggalkan
Dia hanya mendekatkan , Sampaian rindu agar hambaNya merintih , Sampaian rindu agar hambaNya kembali

Kita berjarak sedikit , terus Dia panggil
Kita lalai sedikit , terus Dia menyentuh

He missed you dude . Get back to him
Qiamulail , Solat Sunat dua rakaat . Nak nangis , nangislah

Nak mengadu kat Allah cakap dunia ni penat ,

Mengadulah

He would raise your burden
Wallahi

Level ni
Allah hadirkan rasa rindu kita pada dia , sampai buat kita menangis . Serious

Fa'inni Qaribbb :')

Moga Allah himpunkan kita semua di Syurga :')

Moga Allah redha



Sent from Samsung Mobile

18 January 2016

Orang Kurang Upaya

Assalamualaikum annyeong.

Manusia takkan lari daripada diuji Sang Pencipta. Diuji dengan ujian yang bagaimana dan macam mana itu, hanya Penguji dan Di uji saja yang tahu.

Peh peh tazkirah opening entri aku. Kah!

Sebenarnya aku nak cerita pasal orang cacat. Tak kisahlah cacat penglihatan ke, cacat pendengaran ke atau apa-apa cacat pun lah. Janji yang namanya cacat.

Dekat kolej aku pun ada juga manusia cacat. Tapi tak adalah ramai. Bolehlah kira dengan jari.

Dan aku respect dengan mereka sebab, walaupun diaorang cacat, diaorang masih diberi ilham untuk terus belajar. Dari sesetengah manusia yang sempurna sifat, tapi nak menuntut ilmunya ya ampun.

Dan tadi juga, aku menyaksikan detik-detik di mana, manusia cacat itu 'dibuli' oleh seseorang yang sempurna sifat. Dibuli dengan,

"Mintak duit kau."

"Eh buatkan kerja aku ni."

"Nah!" Sambil lempar beg sandang. "Bawakan sampai asrama."

Serius dowh, rasa kesian giler dengan manusia kurang upaya tu. Apa dosa dia sampai diperlakukan sedemikian rupa? Dia juga manusia. Yang ada hati dan perasaan.

Tak boleh ke kau bayangkan kalau, apa yang kau buat tu terjadi balik pada anak cucu cicit kau? Tuh pun kalau sempat ada anaklah.

Heh.



Sent from Samsung Mobile

12 January 2016

Tagged Questions

Assalamualaikum, annyeong.



I would like to thanks Sabrina sebab tag aku dalam entri ini. Haritu ada dia bagi link dekat cbox aku, tapi dia terbagi link yang salah. Dan terpaksalah aku korek-korek blog dia nak cari benda apa yang dia tag aku. Rupanya pasal ni.


Okay, harap tak marah aku kalau aku bagi jawapan merapu. Heh,



1) Kenalkan diri awak kepada dunia (Buat ayat meletup bombastik)
    Hai dunia! Aku tak suka belajar jejauh dari famili. Sebab aku cepat sangat dapat homesick. Tapi dah rezeki aku tertulis memang aku kena belajar jejauh dari famili, nak buat macam mana. Memang sentiasa homesick lah kalau tengok Mama hantar aku pergi stesen bas. (Cukup bombastik tak ayat?)


2) Perkara pertama yang terlintas masa first time datang blog Sab.
    Wow! Pinky!


3) Perkara yang awak takutkan hal itu terjadi dalam hidup awak.
    Takut kalau Mama dapat tahu yang aku pernah terpecahkan frame kaca masa mula-mula pindah rumah about last seven years, dan aku langsung tak beritahu dia sampai sekarang sebab takut, dan aku buang benda tu belakang TNB punya peti besi (whatever that’s name) yang selalu ada kat area perumahan tuh.


4) Pernah rasa jealous dengan kehidupan orang lain? Jika ya, kenapa.
    Lol, bohonglah kalau cakap tak pernah jeles. Kekadang, bila tengok orang pakai heels lelawa pun bibit jeles tuh dah tumbuh. ==’




5) Pernah meminati seseorang dalam diam? Kenapa minat dia eh?
    Hahaa! Pernah. Minat dia sebab dia sangatlah tinggi, mungkin. Dan orang tu macam ada aura tersendiri yang aku sorang je boleh nampak. Ceh!


6) Diberi pilihan masak atau makan luar, mana awak pilih? Kenapa?
    Hmm hmmm, makan luar rasanya. Sebab aku suka buang duit. Hahaa!


7) Perkara yang paling awak trauma kan until now and why?
    Naik motor! Sebab pernah accident dan ada parut dekat siku. Dan bila setiap kali terpandangkan parut tu mesti teringat saat-saat accident tu. Serius ngeri sebab hampir-hampir nak kena langgar dengan lori. Masa tu just ingat hidup dengan mati je.

8) Macam mana awak boleh terjebak dalam dunia blogging ni? 
    Entahlah. Tapi sebab paling dominan, suka gila tengok orang lain ada blog, then I just followed it. Nah, jadilah blog.


9) Awak bangga dilahirkan sebagai diri awak sekarang? Alasan.
    Sangat bangga. Sebab, kalau aku dilahirkan jadi manusia yang jahat dan kejam, mesti perut Mama panas je lahirkan aku. Heh,


10) Pernah menginginkan something tapi sampai sekarang tak dapat.
      Pernah! Aku dah lama nak adik baru, tapi Mama cakap, “Nanti awak kahwin, buatlah anak banyak-banyak.” Kah!

Tamat sesi menjawab soalan. Harap dapat full marks. Hahaa =D

Julia

Assalamualaikum heya,


Semalam, masa tengah seronok tidur, aku dengar adik aku duk sebut nama Julia. First aku ingat dia duk sebut-sebut nama Julia sebab nak kenalkan awek dia pada Mama. Aku ingatlah. Tapi rupanya,

Julia tu nama kucing.

K. Nak gelak pun ada.

Kucing yang tiba-tiba datang rumah. Warna oren macam tu. Dan selamba badak air dia je letak nama kucing yang baru dia jumpa tu, as Julia. Heh,

Tapi kan, sedap juga nama Julia ek? Kah!

9 January 2016

Gomawo

Terima kasih, untuk kenangan yang kita cipta bersama.

Terima kasih, untuk kasih sayang yang diberi.

Terima kasih, untuk kau yang memahami.

Terima kasih, untuk kesalahan yang kau tegur.

Terima kasih, untuk keprihatinan yang diberi,

Terima kasih, untuk ilmu yang kau limpahi.

Terima kasih, untuk kata-kata yang menyakitkan hati.

Terima kasih, untuk pengorbanan yang kau beri.

Terima kasih, untuk kesetiaan yang kau hujani.

Terima kasih, untuk menarik tangan saat aku jatuh.

Terima kasih, untuk senyuman yang kau hadiahi.

Terima kasih, untuk pujian yang kau kasi.

Terima kasih untuk segalanya.

Terima kasih banyak-banyak.

Lol, sebenarnya aku nak ucap terima kasih pada manusia yang pernah, sedang dan akan hadir dalam hidup aku. Samada aku kenal ataupun tidak.

Kerana dengan manusialah aku belajar erti kehidupan.

Terima kasih. Gomawo. Gamsahamnida. Arigato. Merci. Thank you, lagi??



Sent from Samsung Mobile

Bila Kawan Dapat Tahu Aku Ada Blog!

Heya Assalamualaikum,


Credit Given :-


Gulp!

Antara sesuatu yang selalu buat aku tak senang duduk, gelisah dan sebagainya bila kawan aku tahu yang aku ada blog!

Aha, nampak macam sesuatu yang doesn't make sense, tapi aku kalau boleh memang tak nak orang lain tahu yang aku ada blog termasuk Mama aku sendiri. Serious talk!

Rasa macam, mereka duk peratikan setiap tingkah perbuatan aku. Macam manusia pervert. Okay, perumpamaan yang sangat melampau. Hahaa

Dan nak dijadikan cerita, ada seorang housemate aku ni, haritu masa tengah kelam kabut siapkan assignment, dan tiba-tiba laptop dia down, rosak dan tak boleh buka. Jadi, sebab aku ni satu classmate dengan dia, dan sebagai salah seorang housemate yang prihatin, aku pun bagilah dia pinjam laptop aku untuk dia siapkan assignment yang tinggal lagi beberapa hari je deadline.

Dan entah macam mana dan bagaimana, dia terbuka salah satu internet dalam laptop aku dan terjumpa blog aku yang aku memang dah set default. Dan saat tu juga, dia terus serbu aku cakap,

"Weh hang ada blog?!" Reaction dia memang terkejut giler.

Dan aku lagilah bertambah terkejut plus jantung berdetak lebih kencang seperti genderang mahu perang. K.

Serius, masa tu aku speechless gila. Nasiblah masa tu hanya ada kami berdua je kat rumah. Kalau tak, aku tak tahulah apa nasib aku.

Heh, kadang-kadang rasa menyesal pun ada bagi dia pinjam laptop, tapi kalau tak bagi, kesian pula dia tak boleh nak siapkan assignment. Lol, aku dalam dilema. Haih,

Tapi itulah, lepas disogok dengan pizza dan McD, dia berjanji dengan aku takkan beritahu orang lain pasal aku yang ada blog ni. Aku entahlah,, malu mungkin bila orang lain dapat tahu yang aku ada blog.

Rasa macam life aku tak bebas. Rasa macam hidup diperhatikan setiap gerak-geri. Haih, nak kutuk housemate sendiri pun rasa tak best macam ni. Aduduhhh,

Kau! Ye, kau. Aku tahu kau baca entri ni, so just keep your mouth from moving. Or not, hidup kau dah tak seindah dulu lagi.

Heh,

8 January 2016

Cuti Sudah Habis, bro

Assalamualaikum heya,



Lol, haha sedih sebenarnya bila dapat tahu yang cuti sem aku dah nak habis. Haih haih. I was like,

"Kenapa cepat sangat?"

"Ehh bukan baru start cuti ke?"

Pejam celik pejam celik, dah dua bulan juga aku cuti sem. Serius lama gila. Inilah antara cuti sem paling lama. Ikutkan, minggu lepas lagi aku dah kena balik asrama, tapi sebab ada hal-hal tertentu yang berlaku di kolej, menyebabkan cuti ditambah lagi.

Ehh tu pun tak puas lagi cuti kot.

Dan, bermulalah kesibukan dengan segala assignment dah segala macam kerja nanti. Yang tu aku tak kisah sangat. Yang aku kisah, waktu makan aku mesti tak menentu. Hahaa, aku kisah pasal makan je. Benda lain, watlek watpeace sudah.

Ohh, mesti akan rindu Mama dengan Ayah jugak. Masakan Mama sekali. Katil aku pun tak dilupakan. Haih haih, macam nak angkut je semua bawa balik asrama.

Homesick begin again, I think. T,T

6 January 2016

Jam Loceng

Assalamualaikum heya.



Jam loceng merupakan satu 'keperluan' masa sekarang ni untuk membangunkan manusia dari daya graviti yang terlalu kuat di katil.
I think so lah. Sebab aku nak bangun subuh pun pakai jam loceng. Kalau tak memang kelaut lah subuh aku. huhuhuuu

Tapi yang menjadi persoalannya sekarang ialah, bunyi jam loceng tuh.

Aku selalu guna lagu yang rancak je. Contoh lagu Bang Bang Bang from Big Bang. Heh, *pengaruh Big Bang dalam rumah aku ni makin kuat* - sebab opening lagu tuh rancak.

Tapi pagi tadi, aku tak faham betul bila ada manusia dalam rumah ni, gunakan lagu Goyang Dumang as their alarm clock.

ceit, sakai gila. Cukup buat aku mencarut pepagi buta.

Dan setelah diperiksa, aku ingatkan datangnya lagu tu dari adik aku. Tapi malang bukan, datangnya dari telefon Mama.

Aduduhhhh, sejak bila Mama letak lagu tu as alarm clock??

Heh.



Sent from Samsung Mobile

4 January 2016

Nenek Tiri

Assalamualaikum heya,



Siapa ada nenek tiri?

Aku ingatkan, sepanjang aku hidup, aku takkan ada sesiapa yang bergelar Tiri-Tiri ni. Tapi aku salah. Hahaa, boleh pula aku ada nenek tiri.

Sebelah Mama aku, nenek dengan atuk dah tak ada. Sebelah Ayah pula, nenek dah meninggal tapi atuk aku yang aku panggil Tok Wan masih hidup lagi. Dia sekarang tinggal sendiri dekat rumah dia di Kedah-kampung aku lah kiranya.

Mungkin dia nak bebas, itu yang duduk sensorang dekat kampung. Mana taknya, dah kalau duduk rumah anak-anak dia, asyik kena jaga cucu-cucu je. Hahaa, tu yang sanggup duduk sendiri tu. Aku rasalah,

Dalam tahun 2011, masa tu aku baru Tingkatan 2. Dalam bulan tiga macam tu, aku dikejutkan dengan Tok Wan nak kahwin lagi. Serius, satu kerabat terkejut pasal berita ni. Tapi kitaorang terima je lah. Dah Tok Wan berkenan, nak buat macam mana. Dia pun ada life, awak!

Dan selepas dah siap semua benda, maka bersatulah dua hati. Tak jauh pun Tok Wan cari, jiran sebelah rumah je pun. Aku rasa mereka fall in love sebab hari-hari bersua muka kot. Tak payah nak dating sampai ke Jitra Mall. Cukup dengan dating bawah pokok kepala belakang rumah je. Kah!

Dan raya puasa tahun tu pun, kami semua beraya dengan nenek baru. Suka? Sukalah juga. Iyalah, dah bertahun tak merasa beraya dengan nenek kan? Tapi nenek yang baru tu, mulut bising sikit. Tapi bestlah cakap dengan dia. Ada je dia nak tanya and nak beritahu kitaorang. Ohh aku sempat belajar buat ketupat dengan dia!

Tapi, hubungan dia tak bertahan lama dengan kitaorang. Dalam hujung tahun tu, dia meninggal. Yang sempat balik menziarah buat kali terakhir pun Ayah aku dengan Mak Cik aku je. Sebab dan-dan hujung tahun tu tengah peperiksaan akhir tahun.

Semenjak tu, sampailah sekarang, kami tiada nenek buat kali kedua.

Dan sekarang, aku dengar yang Tok Wan aku nak kahwin buat kali ketiga. Ohh, aku akan ada nenek tiri barukah?

Hebat Tok Wan! Chaoiyok. Gambatte!

First Anniversary

Heya Assalamualaikum,




Tadi masa tengah belek telefon, tetiba keluar pop-up window beritahu yang harini merupakan First Anniversary Blog Miss Oren! Horey!

Dah setahun blog ni bersama aku. How time flies. Rasa macam baru malam tadi aku duk fikir pening-pening nak letak template apa untuk blog ni. Tup-tup, nah! Dah setahun.

Sepanjang setahun bersama, banyak kali juga template dan sebagainya bertukar. Hahaa, normallah tu bagi setiap blog. *Aku rasalah*. Dari template biasa, bertukar ke blogskin bertukar ke itu, ini dan kembali pada yang asal. - sebenarnya aku nak ajar kat blog supaya jangan lupa asal usul. Hahaa!

Ingatkan haritu nak tukar header and what so ever, tapi sembang kemain abadi. Puncanya, malaslah. Asal malas je, semua benda tak berjalan. Yang dirancang pun ke laut. Hailah, tapi tak apalah. Nanti-nanti aku tukar ya.

Ohh, perlukah aku kasi hadiah sempena first anniversary? Kah!

Tagged Questions

Assalamualaikum heya,


Terima kasih diucapkan kepada blogger Shikin Razali dan Mrs. Naa sebab tag aku dalam 'Tagged Questions' ni. Huihui, bukan senang nak kena tag ni ekoran jumlah blogger yang terlalu ramai.

Dan maaflah sebab mengambil masa hampir setahun jugak nak menjawab soalannya. Entahlah, aku asyik terlupa je pasal benda ni. *Banyak makan semut agaknya*



So that's it, question from Shikin Razali.

1- Kenalkan diri awak

    - Err, don’t really know how to describe about myself but,
            - Saya Johorean.
            - Umur 19
            - Suka buat hal sendiri
            - Suka baking, tak suka cooking
            - Suka makan, tak pandai masak
            - Suka menulis, tak suka bersuara.


2- Apakah kenangan yang masih belum luput dari ingatan awak?
    Kenangan bila pernah jatuh tangga masa tingkatan dua. Depan ramai orang pulak tuh. Heh, tapi mungkin orang tahu yang waktu tu baru lepas hujan dan keadaan tangga yang licin. Lepastu buat muka tak ada apa-apa dan blah walaupun tangan dah sakit tahap nak menjerit.



3- Pencapaian yang terbaik dalam kehidupan awak?
    Dapat Dean’s List dalam Diploma in semester 1. Horeyy!



4- Antara beruang panda, kucing, hamster dan arnab, mana satu pilihan awak? Kenapa?
    err, tak suka semua. Heh. Sebab aku takut haiwan berbulu lah. Sobs sobs.




5- Pendapat awak tentang jurnal saya?
    banyak ilmu yang sy dapat, tapi tuh pun tak sempat korek habis lagi. Hewhewhew



6- Warna kegemaran awak
    Biru dengan Hitam.



7- Apakah genre buku kegemaran awak dan kenapa awak suka genre tersebut?
    Genre thriller and horror. Sebab bosan dengan cerita romantik walaupun minat Korean Drama. Kah!

  
8- Siapakah idola awak dalam kehidupan?
    Hmm, Siti Nurhaliza, mungkin. Ohh, I should put there, Datin Seri Dato’ Siti Nurhaliza. Fuh nama!


9- Siapakah blogger yang paling awak suka dan kenapa?
    Entah lah, sebab semua blogger aku suka. Dan aku tak suka dikriminasi dalam pemilihan blogger yang aku suka. Cehwah, hahaa!



10- Tempat percutian idaman awak?
      Australia! Ehh, tak nak tanye kenapa ke? Hahaa.



Thus, question from Mrs. Naa pulak..

1) Tell a little bit about yourself.
    - Suka tidur peluk bantal – suka berangan – suka minta izin dulu baru stalk orang – suka anak orang – suka cakap sensorang.



2) What an advantage of being a blogger ? Explain your reason.
    Advantage? Heh, kelebihan dia dapat kenal dengan bermacam jenis manusia. Dan boleh tahu pelbagai ragam manusia dalam dunia ni.



3) What disadvantage of being a blogger ? Explain your reason.
    Kekurangannya pula, selalu buatkan aku terlupa nak siapkan assignment aku on the spot. heh



4) If you had a chance to go a trip, which country you want to visit?
    Negara Eropah! Err, South Korean also. hehee



5) Eating or sleeping. Which one do you prefer?
    Err, weh serius aku tak tahu nak pilih yang mana. Lama juga aku ambil masa nak jawab soalan ni. Kah! Tapikan, aku prefer sleeping. Ehh tak, eating. Ehh, ahh! Lantaklah.



6) Phone or laptop. Which one do you prefer?
    Laptop! Skrin dia besar. Puas kalau nak stalk crush. Ehh?



7) The most person you admire ? Why ?
     Entahlah. Banyak sungguhlah manusia yang aku admire ni. Haih,



8) Do you love your blog?
    Perfectly love.



9) What is your hobbies ?
     Dengar lagu. Joget-joget.



10) What is the best present you get on your birthday?
      Birthday aku tak pernah dapat hadiah. Sobs sobs, tapi yang paling aku suka bila classmate aku datang rumah aku reramai dan suprisekan for my birthday last-last year. Never forget it.

Dah habis. Terima kasih sekali lagi sebab tag. Hehee peace!

3 January 2016

T.O.P Big Bang

Heya assalamualaikum,

Disebabkan Abang dengan adik perempuan aku tersangatlah meminati TOP Big Bang, jadi aku pun tengah duk masa lapang ni, search lah pasal 'keistimewaan' si jejaka Korea ni. Tak payah jauh-jauh, pergi dekat Instagram dia aje.


Dan setelah dibelek Instagramnya, I was like, gila. Nak tergelak semua ada. Dan aku rasa antara ramai-ramai artis dekat dunia ni, dia seorang je kot macam ni.

Sumpah lawak weh bila buka Insta dia.

Penuh dengan gambar-gambar macam ni,



So, ada antara kauorang yang minat dia? Put your hands up, gais.

Ohkay, bye~

Kahwin Muda?

Assalamualaikum Heya,


Credit Given to :-

Sekarang ni, ramai betul aku tengok yang kahwin muda. Ehh tak, bukan. Aku buat entri ni bukan sebab aku nak kahwin muda. Bukan, bukan. Abang aku kena kahwin dulu, baru aku seterusnya. Kah!

Hari Ahad yang lepas, kawan abang aku kahwin. Kahwin muda. Umur baru dua puluh dua. Ohh, kakak saudara aku pun kahwin muda. Dan ramailah yang aku tengok kahwin muda. Dan semestinya, mesti ada kebaikan kahwin muda.

Sebabnya, nanti bila dah besar, dah umur dalam empat ke lima puluh tahun, dah tak perlu nak bekerja keras menyara anak-anak, sebab masa tu kauorang dah boleh duduk rumah goyang kaki, anak-anak pula yang tanggung kauorang.

Tak macam Ayah aku, umur dah nak masuk lima puluh tahun, tapi masih kena bekerja keras sebab Abang aku masih belajar lagi. Sem lima pun belum lepas lagi awakkk..

Timbul kasihan aku padanya. Nak kena support aku lagi belajar. Adik-adik aku sekolah lagi. Banyak duit nak kena guna.

Jadi nasihat aku, kahwinlah muda andai sudah mampu. Jangan kau tak mampu lagi tapi dah gatal nak kahwin yek.

Ohkay, bye.

Back To School

Assalamualaikum heya,


Seperti semua sedia maklum, esok akan bermulalah hari pertama persekolahan bagi negeri Johor dan negeri yang mula bersekolah pada hari Ahad.

Dan serius aku rasa bahagia betul bila dah mula sekolah ni. Lepasni tak adalah lagi aku dengar suara adik aku yang banyak mulut tu. Kah! Heaven betul hidup aku lepas ni. *bunga-bunga bahagia muncul*

Eh, aku rindu nak sekolahlah. Masa Ayah belikan beg sekolah untuk adik-adik aku, aku sedih betul sebab Ayah tak belikan beg dengan baju sekolah untuk aku juga. Memang masa tu tak sedar diri betul yang aku dah habis sekolah.

Lepastu tadi masa kedua adik aku tengah bahagia kemas jadual dan iron baju sekolah, aku siap WhatsApp kawan aku tanya jadual kelas untuk esok apa. Then, padan muka aku sebab kena gelak.

Tapi hampeh betul dengan kawan aku tu sebab selepas itu, dia update Momment dekat WeChat tanya apa jadual kelas esok. Tiru ayat aku. Ceit!

Ohh, aku patut tidur sekarang. Esok nak sekolah. Tak nak terlambat bangun. Bye gais,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...