Home Creator Creation Review
Everyone has to hit the bottom before they climb back up in their lives. - Kang Gary

20 January 2016

Potong Barisan

Assalamualaikum annyeong.

Aku bukan seorang yang suka potong barisan. Serius. Sebabnya, entahlah. Tak punya sebab yang konkrit untuk memotong barisan. Tak kisahlah samada barisan tuh panjang ataupun tidak, tapi aku memang tak suka memotong barisan.

Tapi pernah suatu ketika ni, aku terpaksa potong barisan. Sebab aku nak kejar masa. Masa tu aku lambat sampai dekat stesen bas nak balik KL. Bas gerak pkul 10 pagi, tapi lagi lima minit bas nak gerak baru aku sampai stesen bas sebab jalan jammed.

Dah sampai tu, kan kena pergi kaunter bas dulu nak ambik nombor bas. Larkin Sentral bukan macam TBS ohkay?

Dah sampai kat kaunter, aku pun beratur. Bukan beratur sebenarnya, tapi aku potong barisan. Aku potong sorang kakak ni. Yeah, sebab aku memang dah lambat gila. Jadi aku terpaksa potong jugak.

Lepas dah dapatkan nombor bas, aku terus cakap dekat kakak tu, "Maaf sebab potong barisan. Saya nak cepat."

Akak tu senyum je. Mungkin dia faham yang aku sememangnya nak cepat. *sedang berbaik sangka*

Dah naik bas, dah babai Mama dengan Abang semua, dah buat drama air mata. Lepastuh bas gerak.

Masa dalam bas tu, aku toleh belakang nak betulkan tempat duduk aku. And you know what, akak yang aku tersengaja potong barisan tu, ada duduk dekat belakang. Tengah pandang tingkap.

Heh. Aku punya perasaan, tak tahu nak rasa macam mana.

Nak gelak pun ada. Nak malu pun ada. Tapi yang pasti memang aku tak tahu nak rasa apa.

So moral of story, jangan memotong barisan! Mungkin orang yang anda potong barisan tu, akan ada di sekeliling ada semula. Atau mungkin, orang lain pula yang akan memotong barisan anda kembali.



Sent from Samsung Mobile

2 comments:

  1. Haha.. Aku pun pernah gak potong barisan sbb nak tahu no plat bas n platform berapa. Sbb dh lambat la..

    Tapi, betul la kena potong barisan. Takkan kau nk tunggu... nak2 line tu panjang, padahal kau dh ada tiket. Org yg beratur tu semua belum ada tiket. Kalau kau tgu, kau kena tinggal. Tiket kau burn. Diorg yg x beli tiket terlepas bas waktu tu xpe, boleh beli tiket lain.

    Btw, akak tu x kisah pun kau potong dia. Boleh faham kot kau cuma nk tahu no bas je. Kau je paranoid. Haha..

    ReplyDelete

Everyone growing up by making a mistake.