Home Creator Creation Review
Everyone has to hit the bottom before they climb back up in their lives. - Kang Gary

20 February 2016

Sajak

Assalamualaikum annyeong.



Tajuk je pasal Sajak, tapi aku tak bersajak pun dalam ni. Don't worry.

Masa tingkatan lima aku kan dari aliran Kesusasteraan Melayu. Jadi setiap kali subjek Sastera ni, mesti cikgu akan bagi soalan seperti:-

Ciptakan sebuah Sajak bertemakan Kasih Sayang. - contoh.

Dan setiap kali exam pun, aku dengan classmate yang lain takkan terlepas dari membina sebuah sajak. Kalau serangkap tu bolehlah lagi, boleh pejam mata lagi buat. Ecehwah. Tapi ni dia suruh bina sebuah sajak. Memang lima belas baris tu takkan pernah lari dalam hidup.

Tapi kalau suruh pilih antara Syair dengan Sajak, aku lagi pilih Sajak kot. Sebab Sajak ni gaya dia bebas sikit. Maksud aku bebas kat sini - berbanding dengan Syair, kau terikat dengan rima akhir setiap baris, maksud setiap baris bunyi dia kena sama.

Sajak boleh bebas rima akhir dia.

Dan dengan Sajak ni je lah kau boleh merapu apa yang kau nak. Sama juga dengan Syair. Kau boleh cerita apa yang kau nak cerita dalam tu, asal jangan kurang dari lima belas baris.

Dan, aku tetiba teringat masa Peperiksaan Pertengahan Tahun kot tak silap, masa exam Sastera, dia suruh bina sebuah Sajak bertemakan kasih sayang. Dan memang aku dah tak ada idea lain, aku pun buatlah kasih sayang seorang Ibu.

Heh, tipikal en?

Ada kawan aku buat kasih sayang awek dia. K, serius ni. Tak tipu.

Dan entah macam mana, aku stuck pada perenggan terakhir. Lagi lima baris untuk aku siapkan Sajak tu. Dan semestinya, baris-baris yang sebelumnya mesti entah merepek apa aku tulis.

Aku ingat lagi masa tu, lagi dua puluh minit exam tu menghampiri penamatnya, dan aku masih lagi stuck dekat Sajak tu. Dah tak senang duduk dah masa tu sebab tak habis jawab lagi. Haih,

Aku pun perahlah otak yang memang kosong tak ada sebarang idea ni. Dan entah macam mana, aku rasa mungkin petunjuk kot. Hahaa,,

Aku punya nak siapkan menjawab kertas soalan tu, aku terambik lirik lagu Ayuh Tinggalkan Dia by Encik Mimpi. Shame~

Lirik :-

Akan ku binakanmu istana bahagia
Ku lantik diriku menjadi panglima cinta
Yang akan melindungi kamu setiap masa
kerna kamu sang puterinya.

Lepastu bawah tu aku letaklah 'Oh Ibu.'

Lol, entah tak tahu apa yang aku fikir masa tu, waktu mendesak aku rasanya.

Tapi Alhamdulillah, aku dapat juga markah untuk itu. Hohohoo,

2 comments:

Everyone growing up by making a mistake.