Home Creator Creation Review
Everyone has to hit the bottom before they climb back up in their lives. - Kang Gary

7 March 2016

Minyak Wangi

Assalamualaikum annyeong..


Aku jenis yang suka guna bermacam-macam jenis minyak wangi. Maksud, tak suka stick dengan hanya satu minyak wangi seumur hidup.

Gais, kita hidup ni singkat je waktu dia. Jadi apa salahnya kalau guna atau buat sesuatu tu biar berbeza. Jangan stick pada satu tempat. Kan?

Itu prinsip aku lah.

Sepanjang aku mengenali dengan sesuatu yang bernama minyak wangi ni kan, mana yang aku jumpa dan aku rasa baunya sangat menawan hati aku nan satu ni, mesti aku akan beli minyak wangi tu.

Tak kisahlah dia mahal ataupun tidak, dah nama pun suka. Huhuhuu

Dan sepanjang hidup, dah banyak kali jugalah aku duk tukar-tukar minyak wangi ni. Cakap je apa, semua aku pernah guna. heh, Cuma itulah, minyak wangi lelaki je lah yang aku tak pernah pakai. -_-

Dan masa dekat Kelantan haritu, masa nak pergi akad nikah, lol bukan aku yang bernikah. Heh, masa nak pergi tengok abang saudara bernikah, masuk je kereta, aku terbau sesuatu yang sangat wangi.

Wangi gegiler. Bau dia lembut je. Sangat lembut.

Dan tanya Ayah, bau apa ni?

Pastu Ayah pun tunjuklah satu botol kecil minyak wangi pada aku. Vanilla apabendantah nama dia.

Pastu aku pun cakaplah, "Gosh! Dah lama kot yong cari minyak wangi ni!" Sambil hidu minyak wangi tu.

"Gunalah." - Ayah.

"Serius ni?" Sambil pandang Ayah tak percaya. Pastu tak tunggu Ayah balas apa, aku terus pakai. Serius lah, dah lama gila aku cari minyak wangi tu. Dari Melaka ke KL kot, sampailah ke Bazar Karat, tapi still tak jumpa jugak.

And end up, I've found it!

Aku punya bahagia masa tu sampai cakap dekat Ayah, "Ayah cari minyak wangi lainlah. Yang ni bagi dekat Yong."

Hahaa, tapi nasiblah Ayah aku dilahirkan dengan penuh kelembutan di hati. Dia rela dan pasrah je bila anak dia cakap macam tu.

Dan entahlah, tiba-tiba aku rasa macam nak stick pada minyak wangi yang sekarang ni aku tengah guna. Prinsip yang atas tadi macam dah melayang ke Korea je tau.

P/s: Balik JB semula, Abang hadiahkan Ayah minyak wangi baru sempena hari jadi Ayah.

Ohkay, tu je nak story. Bye,

No comments:

Post a Comment

Everyone growing up by making a mistake.