Home Owner Gais Karya RulesReview
"Keep smile even your heart bleeding." - Saidina Ali.

25 May 2016

Hentam

Assalamualaikum annyeong,



Well, ayat hentam ni sangat sinonim bila waktu exam. Sangat sangat sangatlah sinonim.

Dan entri ni wujud bila ingat yang one of my siblings, ada exam Sejarah esok. Thanks to her sebab secara tak langsung telah mewujudkan entri ni untuk blog. huhuhuu

Sejarah. Seriusly, aku memang tak pernah suka subjek Sejarah ni. Sebab nak kena ingat fakta. Nak kena ingat banyak benda. Sampai satu tahap, rasa macam nak pecah otak ni bila nak ingat fakta-fakta mengenai Sejarah ni.

Dan selalunya, bila exam Sejarah masa sekolah, aku akan hentam bila dah tak ingat dah pasal sejarah ni. Shame~

Tapi satu je aku nak pesan, kau boleh nak hentam bila mengenai fakta. Tapi hentam biar logik. Jangan zaman Parameswara kau hentam dia ada Mercedes sudah. Memang kena penamparlah jawabnya.

K tu je nak kasitau. Hahaa babai.

22 May 2016

I love You



Dah lama dia menderita
Dah lama dia tahan
Dia pendam
Pendam
dan terus pendam.

Hati dia sakit
Jiwa dia mati
Raganya goyah
Saat itu aku hanya mampu mengeluh saja melihatnya

Aku tidak tahu apa-apa
Kerana aku bukan ditempatnya
Kerana aku bukan dirinya
Kerana aku bukan dia.

Dia sakit
Dalamannya sakit
Tapi harus berlagak yang dia bahagia
Bahagia dengan orang yang dia sayang
Bahagia dan terus bahagia
Bahagia menyembunyi luka.

Sehingga kini
dia masih lagi terus memendam
Tapi sampai satu saat
bilamana dia sudah sakit memendam
bilamana dia sudah mengenal siksa memendam
Saat itulah yang sangat berharga untuk aku

Kerana saat itu,
aku, kami dan kita seharusnya membuka telinga
membuka hati mendengar segala ceritanya

Saat dia sudah penat memendam itulah
Saat yang seharusnya aku
mendengar segalanya
kisah duka dalam hidupnya

Walaupun dia redha dengan ketentuanNya
Pasti satu saat,
sakit itu akan tetap muncul
Muncul kembali merembeskan mutiara jernih
di pipi
Mutiara jernih yang sangat berharga.

Sayang,
Mohon bertabah,
Kerana dalam al-Quran ada mengatakan,
Allah does not burden a soul beyond that it can bear. [Surah al-Baqarah verse 286]


P/s : its for someone. Someone yang seharusnya terus bertabah, kerana aku, kami dan kita sentiasa ada untuknya. Seseorang yang dah lama menderita. Seseorang yang.. well, dont know how to describe about someone that I love so much. Everything about her indah-indah belaka.

Guys, doakan semoga segalanya dipermudahkan.

Nak menangis, lol.

Perempuan Bersiap

Assalamualaikum annyeong,,



Huhuu, tak dinafikan, perempuan kalau bersiap memang lama. Aku pun tak tahulah apa yang aku dengan perempuan di luar sana buat sampai bersiap lama sangat. Mungkin faktor tudung, mungkin juga baju.

Tapi selagi pandang cermin dan still tak ada lagi feel angan-angan yang diri sendiri dah lawa meletup kebabom, selagi tulah jangan harap nak lepaskan cermin tu dari pandangan mata.

Well, perempuan memang sinonim dengan pelbagai bendalah. They are so damn cute weh. *cakap dekat diri sendiri*

13 May 2016

Friday the 13th

Assalamualaikum annyeong,



Well, buka Twitter lepastu terbaca pasal Friday the 13th ni,

And I was like, apa kejadalah bendalah ni.

Dan aku pun tanyalah Mister Google yang tak pernah jemu jawab soalan mengarut aku ni, and here the answer; Friday the 13th is considered an unlucky day in Western superstition. It occurs when the 13th day of the month in the Gregorian calendar falls on a Friday.

Lol, hahaa.

Well, kita sebagai umat Islam, tak perlulah nak percaya benda-benda macam ni. Setiap orang ada je hari malang dia, dan hanya seseorang tu saja yang tahu macam mana malangnya hari yang diberi.

P/s : Aku ada exam pukul 9.00 am jap lagi, tapi aku masih di sini melayan perasaan. Alah, English je kot. Hahaa, English tu lah yang tentukan pointer aku sem ni en. Haih,

And sesiapa yang tengah menghadapi final exam macam aku sekarang ni, I wish you good luck.~~

6 May 2016

Study Week

Assalamualaikum annyeong.

Credit given to:-


Sekarang ni aku tengah menempuh hari-hari yang dipanggil Study Week.

Well, not really study week lah kan kalau buku untuk final exam next week pun tak tahulah aku sumbat kat mana.

Apa aku buat sepanjang study week berjalan?

Let see,,

Bangun pagi, mandi, makan, belek phone, ambik adik sekolah, hantar adik pergi tuisyen, tengok TV, jenjalan dengan kawan, tidur, melepak, dan banyaakkkk lagi lah. Tak larat nak list satu satu.

Heh,

Teruk bukan?

Tapi itulah, aku bukan jenis manusia yang suka study awal-awal ni. Nak study seminggu sebelum exam is so not me.

Aku pulak jenis yang suka study last minute. Sebab bagi aku, kalau study last minute ni barulah segala ilmu dalam buku tu berkepuk di dada. Barulah ilmu tu melekat dalam fikiran.

Huhuu, nak buat macam mana kan. Dah memang aku jenis macam tu.

Ada ke orang macam aku?
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...