Home Creator Creation Review
Everyone has to hit the bottom before they climb back up in their lives. - Kang Gary

2 August 2016

Salam 1-10-1437

Assalamualaikum annyeong,

Lol, pahal lama sangat tak update blog ni? Haih, last aku keep in touch pada 27-Jun-2016. Sebulanlah jugak en. Harini, di pagi yang indah dan nyaman ni saya datang dengan banyak giler story nak diceritakan. So bersedialah untuk menadah mata untuk membaca ya.

Hmm, mata membaca? Sound weird, I guess. Kah!

Okaylah, entah kenapa kan aku rasa bila semester baru dah bermula ni kan, atau pun waktu aku di asramalah antara waktu yang banyak aku luangkan menghadap laptop. And ofcourse blog. Tapi bila duduk dekat rumah cuti sem, masa itulah nak sibuk manjang.

Mama suruh tolonglah. Ambil adik sekolahlah. Tengok TV lah. Membongkanglah. Ayah ajak jenjalanlah. Dan banyak lagilah. Sampaikan nak jeling laptop pun rasa tak sempat. Kehkehkeh.

Seperti yang semua tahu, awal bulan hari tu, umat Islam menyambut bulan Syawal. So here, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Salam 1-10-1437.

Raya aku tahun ni best gegiler weh. Yelah, tahun lepaskan kami sekeluarga tak beraya disebabkan musibah yang menimpa kami sekeluarga beberapa hari sebelum hari raya. Jadi tahun ni kitorang balun kumpul duit raya bebanyak. Sekali dengan abang aku berharap sangat dapat duit raya kalau beraya rumah orang.

Dan tahun ni, kitaorang sefamili beraya rumah kawan-kawan ayah dengan mama je. But it okay, what. Lagi banyak duit raya yang kami dapat. Sehari dah mencecah Rm100++ weh. Kah! Sound like a kid. Hahaa,

Disebabkan raya jatuh pada hari Rabu, jadi cuti raya tahun ni sedikit pendek berbanding dari tahun lepas. Tapi cuti raya aku tahun ni panjang. Aku mula cuti sem dari sebelum puasa sampailah hujung bulan 7. Lama enn,

Tahun ni satu famili guna warna merah hitam. Ramai cakap lawa. Tetiba pula rasa bangga sebab aku dengan adik aku yang pilih warna tu. Huhuhuu. I’m so bad on choosing the right colour, but demmit. Tiba-tiba pula boleh mengena. Luck tahun ni mungkin.

So, kami beraya di Kedah sampai raya ketiga rasanya. Dan tahu tak, first raya dah tak ada air dekat satu kampung aku. Lawak gila. Siap ada orang buat banner letak dekat pagar sekolah yang berdekatan menunjukkan protes sebab ketiadaan air di pagi raya. Mana pernah pagi raya tak ada air. Itulah kali pertama terjadi.

Rasa tak seronok langsung bila air tadahan yang kami ambil dari rumah mak cik saudara di Jitra kena berkongsi dengan sepupu-sepapat yang lain seramai lebih 20 orang tu. Tapi nasib baiklah pagi-pagi dekat sana sejuk gila. Jadi nak mandi lama-lama pun duk fikir banyak kali. Huhuhu.

Hari raya pertama berjalan dengan baiknya. Raya kedua pun masih beraya lagi. Ahh, sampai ke hari inilah aku masih beraya. Rayakan sebulan.

Lepastu raya ketiga, Jumaat kami bergerak pula ke Perak, kampung mama saya. Juga masih beraya.

Kemudian raya keempat kami bergerak pula ke Fraser’s Hill. Sebenarnya rancangan nak pergi Fraser’s Hill ni tak ada dalam perancangan raya pun. Tapi dah alang-alang on the way nak balik JB terjumpa signboard Fraser’s Hill, so why not kalau kita singgah sana.

Ohh, famili aku ni jenis yang suka berjalan. Asal rasa nak pergi, pergi ajelah. Tak perlu nak rancang awal-awal lepastu tak jadi. Tahu tak macam mana rasa penyiksaan berharap tu?




Kita orang naik Fraser’s Hill dalam pukul 8.00 pm. Dan masa tengah isi minyak sebelum naik Bukit Fraser tu kan, ayah aku tanyalah dengan seorang pak gad dekat Petronas ni tau. Lepastu pak gad tu beritahu, “Kalau naik Bukit Fraser selepas pukul 10.00 pm, kalau ada orang berhenti tepi jalan minta tumpang, hiraukan aje.” Masuk kereta, adik aku pun ceritalah pasal benda tu. Akulah yang paling takut kot. Hahaha

Tapi serius, jalan nak pi Fraser’s Hill tersangatlah seram. Antara jalan paling mencabar yang aku pernah nampak daripada jalan dekat Beruas, Perak. Triller gila jalan dia. Bengkang-bengkok macam Cameron Highland, tapi lagi mencabar. Walaupun bukan aku yang drive, aku duduk belakang pun dah rasa keseramannya.

Sampai adik perempuan aku munah-muntah weh sebab jalan yang terlalu belok-belok. Kita orang sampai Fraser’s Hill dalam pukul 9 lebihlah. Aku pun tak ingat. Masa dah sampai atas tu kan, tengah minum, abang aku cerita, sebab dia yang drive naik atas. Dia cakap,

“Jalan dia kan macam semua sama je tau. Lepastu dah start rasa yang jalan ni jalan yang sama masa kita naik tadi. Tembok dengan pokok yang ada pun macam semua sama. Tak ada yang berubah. Lepastu, bila dah belok kan, tak sempat nak habiskan stereng pusing, dah belok lagi. Memang tangan kena pantas gila ah.”

Aku yang dengar pun dah seram. Lepastukan, jalan dia gelap gila weh. Pula tu, hanya kereta kami je yang lalu. Ada kereta dari arah bertentangan pula, lebih kurang 20 minit kemudian baru ada kereta. Gila seram.

Tapi alhamdulillah, kami selamat sampai. Mungkin sebab dari awal perjalanan, mama aku dah buka ayat al-Quran dari telefon. Ayah pula buka Waze. Jadi rasa macam jalan tu betullah. Walaupun jalan yang sama dari permulaan sampai akhir, tetap jalan yang sama nak naik atas.

Dah sampai tu, ramai gila weh orang atas tu. Sejuk dia lagi sejuk dari Genting Highland. Sempatlah aku menggigil. Huhuhuu,

Lepas tu cari hotel nak tidur. Tak perlu dah nak booking hotel awal-awal sebab dekat situ banyak gila hotel. Just tinggal pilih aje nak yang murah atau mahal. Kita orang dapat hotel betul-betul atas bukit. So hotel tu memang tak disediakan air-cond sebab suhu keadaan luar yang sememangnya sejuk tahap nak mampus. Tidur sampai berselubung selimutlah juga.



Esok paginya kita orang jalan-jalan di sekitar Fraser’s Hill tu. Paling seronok bila dapat beri ikan makan. Macam-macam jenis ikan ada. Sampai ikan keli pun ada. Pula tu, besar-besar belaka semuanya. Banyak jugalah tempat kitaorang lawat. Macam nak tinggal dekat situ pun ada jugak.



Lepas dah ambil gambar apa semua, kita orang check-out tengahari tu. Balik JB sebab adik-adik hari Isnin dah sekolah. Ikutkan hari Ahad, tapi sebab Johor diberi cuti hari Ahad, so berjalanlah lagi kami. On the way balik JB tu, singgah pula rumah pak cik saudara dekat Melaka. Malamlah jugak kitaorang sampai rumah.

So gais, Fraser’s Hill soooo daebak! Rugi kalau tak pergi. Tapi pergilah waktu siang-siang ye.

Strawberi dia masam.



Last but least, sekali lagi nak ucap, Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin. Salam 1-10-1437. Duit raya jangan lupa bagi.

2 comments:

  1. I've never been there, Fraser's Hill. InshaAllah someday hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. haa insya-Allah u'll be there someday. Fraser's Hill best kot.

      Delete

Everyone growing up by making a mistake.