Home Owner Gais Karya RulesReview
"Keep smile even your heart bleeding." - Saidina Ali.

12 March 2017

Tamat Lesen P

Assalamualaikum annyeong,

Macam baru bulan lepas aku update entri pasal Pengalaman Ambil Lesen Kereta ni, tup tup tup tupppp, eh eh lesen P aku dah tamat. Horey!

Rasa seronok dia, sampai tahap nak melompat sambil joget. Kah!

Pada 23 hb 2 yang lalu, phone aku keluarkan notifikasi pasal, "LESEN P DAH TAMAT. HOREY!" Tersenyum sampai telingalah juga aku sepanjang hari. Tak sabau-sabau nak pi renew lesen.

Okaylah, sebab ini pun kali pertama aku pi renew lesen, naklah juga kasitau cara nak renew lesen dari PDL ke CDL.

Firstly, pergi JPJ untuk renew lesen anda. Tapi ingat, sebab korang pemegang lesen P, jadi HANYA boleh tukar lesen PDL ke CDL di JPJ sahaja! JPJ je tau. Selain dari tu, memang tak boleh. Termasuklah, Pejabat Pos. Memang tak boleh!

Sebab aku dah pergi Pejabat Pos dua hari selepas lesen aku mati. Tahu tak punyalah penatnya aku baru habis kelas, kena menapak naik tren, jalan kaki pi Pejabat Pos, tapi tak boleh renew lesen di situ. Hampa dia, sampai tahap nak maki. Dah lah kena tunggu giliran lagi. Haih, T,T

Dan Khamis minggu lepas aku pulang ke rumah di JB dengan tujuan nak renew lesen. Oh, tapi korang boleh je kalau nak tukar lesen lambat-lambat. Sebab tempoh lesen tu tamat sebetulnya memakan masa setahun.

Maksudnya, tempoh lesen tu tamat jangan lebih setahunlah. Kalau tak, korang kena buat rayuan pada JPJ untuk pertukaran lesen tu sebab dah tamat tempoh. Tapi nak buat rayuan pun atas alasan yang boleh dipertimbangkan baru JPJ tu proceed lesen korang. Faham tak?

*****Bagi lesen L yang sudah pun tamat tempoh barulah korang kena mula semula. Kena masuk kelas memandu semula. Start from begin lah.

Tapi lepas ni, kalau nak renew lesen, dah boleh pergi Pejabat Pos dah. Sebab korang sekarang pemegang lesen CDL. Bukan lagi PDL.

Second, jangan lupa bawa duit. Duit jelah yang penting sebenarnya dalam proses pembaharuan lesen ni. Jap, aku bagi gambar,



Okey itu dia. Sediakan duit RM75.00. Sepatutnya RM60 aje, tapi macam aku beritahu awal-awal tadi. Korang pemegang lesen PDL jadi, special sikit. Nanti untuk renew lesen yang seterusnya, barulah harga dia fixed RM60 untuk dua tahun.

Haa, aku punya tu, aku terus fixedkan untuk dua tahun terus. Tahun depan tak payah fikir nak keluarkan duit lagi. Biar keluar dua tahun terus.

Third, jangan lupa bawa gambar. Tapi diwajibkan, hanya gambar berlatarbelakangkan putih saja yang diterima. Kalau bawa gambar selain background warna putih, dia akan automatik guna gambar dari IC.

Fuh fuh, nasiblah gambar IC aku cun. Kah!

Then, tadaaa! Dah siap.

Aku buat ni di UTC JB. Belum sempat panas punggung duduk, nama dah kena panggil mengatakan, lesen aku dah siap. Cepat gila weh!

Ohhhhh, sebelum aku lupa. Bawa IC sekali tau. Tu yang paling penting sebenarnya.

Okay, tu aje kot. Nanti kalau ada sebarang tambahan, akan dimaklumkan kemudian.

Till then, assalamualaikum~

13 comments:

  1. Tahniah sis kerana dah dpat lesen besar.. Jangan lupa berhati-hati memandu yea.. =)

    ReplyDelete
  2. tahniah awaa, hati-hati di jalan raya :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye, akan selalu berwaspada bila di jalan raya ;)

      Delete
  3. Hi, nak tnya. Confirm ke yg license P expires in 12-month time? Terima kasih.

    ReplyDelete
    Replies
    1. yup, expired in 12 month time. Kalau lebih kena buat rayuan. ;)

      Delete
  4. Lesen p dapt renew awal ke.. Sbulan sblum dpt ke?

    ReplyDelete
  5. Lesen p dpt renew awal sblum tarikh exp ke?? Sblun sblum?

    ReplyDelete
    Replies
    1. mengikut http://driving-school.com.my/lesen-memandu/p-ke-cdl/, lesen P boleh ditukar ke lesen CDL AWAL SEMINGGU.

      Delete
  6. Mohon pencerahan. Lama tak awak buat tukar lesen kat UTC jb? Ada sejam?

    ReplyDelete
    Replies
    1. tak lama, sekejap aje. Tak sampai sepuluh minit. Tapi mungkin sebab masa saya pergi tu, tak ramai sangat orang. So bergantung pada orang yang berkunjung ke UTC tu jugalah. :)

      Delete
  7. Ada yg lupa diberitahu... Lesen yg sis renew tu kereta dgn motor ke atau salah satu?

    Pembaca nk tahu harga berasingan.

    ReplyDelete
    Replies
    1. harga yg ditunjukkan tu untuk lesen kereta saja. Lesen motor, maaf, saya tak tahu.

      Delete

Tekanlah aksara-aksara yang indah maka jadilah ayat.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...